Thursday, 4 December 2008

Rahmat di Sebalik Tersesat

Pada hari Isnin yang lepas, ketika jarum jam telah menunjukkan pukul 6 petang, kami mengambil keputusan untuk ke Jugra, melawat cucu saudara yang baru selesai berkhatan. Perjalanan kami sepatutnya hanya mengambil masa sejam lebih, tetapi setelah sudah hampir dua jam kami masih lagi berpusing-pusing, tersesat. Akhirnya, Gem 1 memberhentikan kereta di sebuah masjid di daerah Banting. Sebaik kereta berhenti, saya melangut ke langit.. MasyaAllah, saya ternampak 'smiley face' yang tertera di langit. Semua anak-anak berteriak gembira .. "Look ! There's a smiley face". Maha Suci Tuhan yang melakarkan alam. Di ketika terdapat berjuta-juta bintang di langit, Allah hanya memilih dua bintang sahaja yang kelihatan dan berkerlipan di tengah-tengah kegelapan malam.

Inilah 'Smiley Face' yang tertera di keratan akhbar Utusan Malaysia, Selasa, 2 Disember, 2008

Rupa-rupanya, itulah satu FENOMENA CAKERAWALA, "bulan sabit yang kelihatan tersenyum berada dengan kedudukan bintang Musytari dan Zuhrah di atasnya. Gambaran init turut disaksikan di Kathmandu, Nepal dan beberapa negara lain" (Utusan Malaysia).

Perasaan tidak senang ketika sesat perjalanan diganti dengan rasa penuh kesyukuran. Maha Suci Allah yang memiliki seluruh kerajaan langit bumi.

Yang pasti, anak-anak masih rasa bertuah kerana dapat menyaksikan fenomena tersebut yang berlaku diluar sangkaan.


Tetamu Malam: Hani, John dan anak-anak

Sebaik saja balik dari kerja, Gem 1 pun bagitau, Hani dan John sekeluarga akan berkunjung ke rumah malam nanti. Memandangkan rumah kami tidak mempunyai kemudahan dapur, berpinar-pinar otak mencari tempat mana nak mendapatkan sedikit juadah untuk tetamu. Tunggu punya tunggu, akhirnya mereka sekeluarga pun sampai. Rupanya mereka baru selesai membeli baju sekolah untuk 'seorang anak yang akan menduduki darjah satu'.. itu pun dah RM500 habis! Kami terkedu sebentar..sebabnya tak beli lagi baju sekolah untuk empat orang anak!!! Waduh... berapa ya yang perlu dibayar nanti???! Saat ni.. terasa nak balik Nottingham...sebab tak payah beli baju sekolah...
Hani dan John sekeluarga duduk-duduk bersembang lama juga. Banyak topik sempat 'cover'.. Rasa macam dulu-dulu pulak... Apa pun terima kasih kerana sudi menjadi tetamu kami... datanglah lagi...

Monday, 1 December 2008

Kelahiran dan Kedewasaan

Hari minggu yang lepas kami sekeluarga berkesempatan berkunjung ke hospital bersalin UMRA, Shah Alam, untuk melawat 'cucu saudara' - Adra Husna. Jelas terbayang kegembiraan di wajah pasangan Filah dan Ed menyambut kelahiran anak pertama... wajah-wajah kudus ibu dan ayah menerima amanah Tuhan.


Adra Husna

Sambil-sambil bercerita, tiba-tiba fikiran saya jauh melayang mengenang saat-saat setiap kelahiran anak-anak sendiri. Rasa 'kasih dan cinta darjah teratas' buat sesama insan. Hati saya pun terdetik "Patut lah Allah menyarankan hambanya berdoa supaya Dia mengasihi ibu dan bapa kita sebagaimana mereka mengasihi ketika kita masih kecil... kerana pada ketika itulah itulah lahirnya rasa kasih tahap paling tinggi buat seorang insan"... Maha Suci Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.


Firman Allah s. w. t. dalam surah Al-Israk ayat 23-24: Maksudnya : “Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedua-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu”.


Bermula dengan tapak kaki sebesar dua jari dan lemah, anak dibelai menuju kedewasaan. Namun, acap benar kedewasaan membutakan hati-hati kita. Mungkin Saya, mungkin anda. Kudus kasih ibu dan ayah tidak ditatang dengan sewajarnya.


Tika badan rasa gagah, ibu dan ayah disergah.

Tika diberi sedikit kuasa, ibu dan ayah dilupa.

Tika dianugerah anak/isteri/suami, ibu dan ayah tersisih ke tepi.

Kudus kasih ibu dan ayah bertahan selamanya, kudus kasih anak entah di mana.


WAHAI YANG BERGELAR ANAK...

BIAR LANGIT TINGGI YANG SEDANG KAU JULANG

SYURGAMU MASIH DI TELAPAK KAKI IBU .....................................


Wednesday, 26 November 2008

Mak Lang dan Pak Lang Bertandang

Dua hari lepas Pak Lang dan Mak Lang (abang ipar dan biras) telah bertandang ke rumah kami. Kesian jugak kerana mereka tidak dapat dirai dengan sempurna memandangkan rumah kami masih kacau bilau!

Walaupun sudah hampir lima tahun kami tidak dapat bersama, pertemuan kali ini masih lagi mesra seperti masa lalu.


Terima kasih... nanti jangan lupa datang lagi....

Mak lang dan Pak lang.. Mak Lang dah 'kidnap' cucu kesayangan, iman

Terasa seperti dulu-dulu... selalu makan bersama.. yang bezanya kali ini lokasinya berbeza..

Monday, 17 November 2008

Bercanda di Pantai Morib

Pada hari Sabtu yang lepas kami bertolak ke Morib untuk bermalam di rumah Persekutuan (rumah yang layak disewa oleh kaki tangan kerajaan dengan hanya RM50.00 semalam). pada mulanya anak-anak kurang suka sebab takut panas! He..he.. biasalah ..dok teringat Nottingham lagi. Tapi rumah ni ada air cond.. kira OK lah. Kami pergi bersama anak-anak saudara yang sudah berkeluarga. Percutian menjadi meriah dan mudah dengan semangat gotong royong yang tinggi... He..he.. sapa tak dak semangat gotong-royong.. minta maaflah lain kali!

Untuk mengisi masa santai, ada di antara kami yang ambil bahagian jogging.. penatnya oiii .. berlari di atas pasir. Yang kaki pancing pula, sibuk memancing sempena air sedang pasang.. Dapatlah juga ikan lima enam ekor. Tapi yang pastinya, anak-anak sungguh gembira bercanda di pinggir laut. Kami merancang-rancang untuk bercuti lagi..


Bermain pasir ... dengan peralatan yang dibeli di car boot!

Berlari-lari mengejar ketam

Tunggu ombak datang, kemudian lompat tinggi-tinggi
Kemudian, ha.. dah duduk terus dalam air!


Pos istimewa Gem 6

Gem 4 menjerit-jerit

Gem 7 .. cool.. pertama kali di dalam hidupnya dapat bermain dengan air laut


Gem 3 ..dok tengok nak pekena sesapa

Ini atas permintaan Nizam dan Zahari untuk merakam gambar mereka yang bertungkus lumus menyediakan makanan untuk kami (yg asyik tunggu kat atas beranda)

Tetamu Malam

Pada malam Jumaat yang lepas, kami didatangi tetamu untuk makan malam, Ustaz Din sekeluarga dan Baha Proton bersama anaknya Aina. Emm.. susah jugak cari jalan ke rumah kami di waktu malam dan di dalam suasana hujan lebat. Pada waktu yang sama, Wan Malik juga singgah sebentar sementara menunggu anaknya dalam perjalanan pulang daripada MRSM Taiping. Jadi, terasa seperti malam-malam minggu di Nottingham... meriah....

Gem 1 sedang berborak dengan Baha Proton dan Wan Malik sementara menanti Ustaz Din sekeluarga yang masih tak jumpa jalan!

Ustaz Din sekeluarga baru sampai.. Beliau datang bersama satu beg rambutan.. kata beliau "teringin ... sebab sejak balik ke Malaysia tak jumpa rambutan lagi!! "

Makan-makan

Thursday, 13 November 2008

Barang oh Barang

Semalam. ketika dok leka buat kerja, tiba-tiba di sapa oleh Zalmiah (wife uztaz Din ex-Notts) via YM. Rupa-rupanya Zal nak tanya saya nak ambik barang yang ditumpang kat mana, di Port Klang atau Johor. He..he.. baru teringat, ada barang yang 'terpaksa' balik dengan kontena Zal dan uztaz Din! Zal sekeluarga datang ke Klang untuk menerima kontena kedua mereka! Malam ini mereka sekeluarga akan menjadi tetamu kami dan bermalam di rumah kami.. Manisnya ukhwah NMC...