Abang selalu berwajah serius apabila berdepan dengan kamera.. dan selalunya dia tidak suka bergambar!
Gem 6 buatkan ais krim Malaysia untuk semua... terima kasih Gem 6!
Abang selalu berwajah serius apabila berdepan dengan kamera.. dan selalunya dia tidak suka bergambar!
Gem 6 buatkan ais krim Malaysia untuk semua... terima kasih Gem 6!
Bukan setakat masa, sesekali dilihat, bagaikan tidak cukup tangan dan tenaga. Pada awalnya, kami ingin menghantar Gem 3 ke kelas tambahan. Setiap kali disuarakan.. Gem 3 akan menjawab "NOOOOOOOOOOOOO!!!!". Lalu, Gem 3 diberi sepenuh kebebasan mengendalikan hidupnya sendiri. Tidak pasti bila Gem 3 mengulangkaji. Katanya, "I always study at night". Tapi, entahlah.. yang pasti .. kelibatnya selalu kelihatan di depan TV atau terbungkang lena!
Cuma sekali, kami membawa Gem 3 ke ceramah motivasi Nur Madihah (pelajar cemerlang SPM). Banyak juga manfaatnya apabila ceramah disampaikan oleh rakan sebaya... Pesan Nur Madihah "Ingatlah kejayaan adalah milik Allah. Mintalah padaNYA dengan bersungguh-sungguh.. rajin sembahyang malam.. rajin puasa... hormat ibu bapa, guru, rakan, jiran..." Barangkali, ada yang tertusuk di minda, lalu Gem 3 mendekatiNYA dengan cara yang tersendiri..
Sebelum keputusan diumumkan, kami lebih terasa gentarnya daripada Gem3. Walaupun nama beliau tidak dipanggil untuk ke pentas, guru kelas Gem 3 yang melintasinya telah tiba-tiba menjabat tangan Gem 3. Gem 3 tertanya-tanya kenapa. Barangkali, guru kelasnya lebih mengetahui latar belakang beliau:
Syukur, Alhamdullillah... dalam hanya 9 bulan, Gem 3 yang ketinggalan jauh ke belakang, ada masalah bahasa, benci mata pelajaran Sejarah, tidak suka menghafal, tidak mahir jawi.. telah berjaya mengharungi kesemuanya tanpa kelas tambahan.
Di mata kami, "nilai 6A dan usaha yang gigih selama 9 bulan" adalah suatu kejayaan yang luar biasa...
TAHNIAH GEM 3!!!!
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru kelasnya, guru-guru sekolah, rakan-rakan, Kak Dilah dan abang Zul dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang bertanya khabar... yang 'tumpang nervous' (Laily.. dan Mus).. terima kasih! Mudah-mudahan Allah melimpahi RahmatNYA pada anda semua.
AJK yang baru dilantik..
Pemandangan dewan dari perspektif lain....
Para jejaka yang hadir
Para bonda yang hadir..
Selepas 'check out'.. ramai-ramai pulak menyerang rumah Pengerusi ... kami antara empat keluarga yang terakhir meninggalkan rumah pengerusi selepas menikmati barbeque 'sea food'.. tak main le ayam-ayam Medina.. Moghul.. atau Khan..!!!
Sebelum bertolak ke klinik
Dua jururawat yang setia menunggu.. Ajen dan Gem 7. Kata Gem 7.. "next time.. don't sunat abang la mummy.. kesian abang!"