Thursday, 23 July 2009

Sembang-sembang NMC Zon Tengah

Dua minggu lepas, kawan-kawan NMC Zon Tengah telah berpeluang duduk-duduk bersembang di Hotel Concorde, Shah Alam (terima kasih Baha dan Awin... yang menaja..). Majlis santai tersebut bermula pukul 12.30 tengahari dan tamat pada pukul 5.00 petang (sehingga 'high tea' tamat tempoh!).

Antara yang hadir (mengikut urutan kehadiran...):
Baha dan Awin
Gem 1 dan Gem 2
Azman Sneiton dan Kak Shida
Syariff dan Farah
Faiz dan Bibah
Hakimi dan Hanum
Lias dan Siti
Yunus dan Syikin
Wani dan Malik
Rustam dan Noriza

Meriah sungguh berborak-borak.. agaknya 'waiter and waitress' dah boring betul.. berjam-jam asyik mengangkut pinggan dari atas meja-meja kami..

Kemudian, tetiba Manaf yang baru 'mendarat' di Malaysia talipon nak datang rumah. Yang lain pun diajak sama.. ada beberapa keluarga yang sambung pulak sembang dirumah kami sehingga hampir larut malam..

Hari Sabtu lepas.. 6 keluarga dari bilangan di atas telah bertandang ke rumah kami lagi.. Kali ini acara pot luck. Macam-macam hidangan.. malangnya tak ada sesiapa yang teringat nak bergambar. Kali ini pertemuan berlarutan sehingga larut malam. Pemecah rekod .. Wani dan Malek serta Lias telah bersantai sehingga pukul 3 pagi!!!

Kononnya nanti.... mesyuarat seterusnya akan berlangsung di Serdang... sehingga berjumpa lagi...

Tuesday, 7 July 2009

Cuti Sekolah yang Sibuk

Cuti sekolah yang lepas memang sibuk. Banyak aktiviti sosial yang berlaku.. kadang-kadang suasananya lebih sibuk dari hari bekerja.. kenduri kahwin, menziarah saudara, tetamu datang, jalan-jalan makan angin, jalan-jalan cari makan.... huh.. pelbagai!

Kami memulakan cuti sekolah yang lepas dengan berkelah di Sungai Congkak. Ada empat keluarga yang hadir dengan ramainya anak-anak! Air yang sejuk dan agak cetek tidak mengganggu suasana.

Sejukk.. tapi meriah!

Kemudian, kami menerima tetamu, Mus dan Laily sekeluarga. Pertemuan yang sepatutnya sehari, menjadi aktiviti 'sleep over' yang meriah.

The boys .. dan Ahmad

The girls .. dan Liyana

Tiba waktu balik kampung. Abang yang sulong mengadakan kenduri kahwin anaknya di kampung. Kami tiba pada pukul 9 malam, iaitu ketika ahli keluarga mengadakan acara 'barbecue'. Gem 5 berjumpa kawan-kawan dan sibuk dengan aktiviti 'merewang'. Satu pengalaman yang disukainya. Sehinggakan golongan anak-anak ini telah 'tangkap kontrek' basuh pinggan pada majlis kenduri kahwin tersebut. Gem 5 dibantu sama oleh Gem 7... bayangkan... pemandangan yang memaparkan 'pekerja di bawah umur'!

Pada sebelah petangnya, kami bertolak ke Pengkalan Hulu, Perak... menziarah dan bermalam di rumah Pak Dak.

Keesokannya, menziarah dan bermalam pula di rumah Mak Ngah.

Kemudian, bertolak ke Penang, bermalam di Apartment Vistana... biasalah penat mandi-manda.

Esoknya, ke Bukit Bendera... sebelum tu singgah di Kebun Bunga...

Sempat berendam kaki di Taman Bunga

Naik keretapi keliling Taman Bunga... kanak-kanak cuma dikenakan bayaran 50 sen!

Seronoknya ... angin sepoi-sepoi bahasa..

Kemudian ke Bukit Bendera.. cantik pemandangan dari atas... huh.. jenuh jugak untuk ke atas..gayat sikit..

Sesampai di situ .. mestilah bergambar dulu..

Nun.. di sana nampak jambatan

Biasalah... mesti ambil gambar sekeluarga... terasa macam berada di Jabal Tariq!

Jumpa replika gerabak keretapi Bukit Bendera

Ular sawa kuning ni pun jadi mangsa...

Burungpun hairan.. riuh-rendah.. yang lucunya.. penjaga zoo kecil ni siap bagi diskaun...

Hairan ke?

Sama tak senyum ini dengan senyum yang di sebelah tu?

Ada mahkota bergerak di atas kepala saya!

Semua nak dipegang....

Akar pokok ni pun jadi mangsa..

Dah penat dan lapar!!

Sempat jugak berposing lagi

Semua sudah keletihan.. dan sedang memikirkan di mana kita hendak makan..

Akhirnya kami turun dan menuju ke satu kedai makan yang mempunyai pemandangan pantai yang menarik.

Kemudian.. pulang semula ke rumah Tok. Kesokannya, dalam perjalanan balik ke Shah Alam, kereta kami diredah dengan cara yang sungguh tidak berhemah. Kereta yang melanggar kami terpelanting masuk ke dalam longkang di seberang jalan sana. Kereta kami pula, terpaksa ditarik oleh 'tow truck'... adoi... terkantul terus untuk pulang. Hikmahnya, kami sempat dijamu pulut durian oleh Dilah, Zul dan Mak Ngah... Bayangkan .. makan hidangan itu ketika hari lewat pukul 1.00 pagi... Nikmatnya masih terasa sehingga hari ini....

Wednesday, 24 June 2009

Bulan Tidak Jatuh ke Riba

Minggu lepas, minggu 'menuai hasil'... hasil = Keputusan Peperiksaan Penggal Pertama! Berdebar-debar rasa .. tak sabar nak tengok apa keputusan yang dibawa pulang. Pada ujian bulanan bulan Mac yang lepas, masing-masing bawa pulang huruf 'F' atau 'E' atau 'D'.. kalau tak satu, dua! Antara mata pelajaran yang corot ialah Bahasa Malaysia, Pengetahuan Ugama Islam dan Sejarah. Berkerut muka kami yang mendengarnya.. tapi kata Gem 6, "Don't worry mum, some of my friends have lower marks than mine for BM!".

Apapun, anak-anak semua berkeras... "Please don't send us to any tuition class!". Jadi, kami memberi peluang... OK, tiada kelas tuisyen .. tapi mesti buktikan kemajuan! Anak-anak mengalami masa yang sukar. Banyak perkara yang telah tertinggal. Memahami sesuatu pelajaran dan menjawab soalan adalah dua perkara yang berbeza. Apatah lagi di dalam suasana 'yang lebih mementingkan tatabahasa dan grammar'! Sehinggakan Gem 4 yang menulis huruf 'l' dalam bentuk tulisan sambungpun, cikgu minta diberhentikan tabiat itu .... katanya.. "Kalau tidak .. potong markah sebab nampak ada ekor macam huruf 'L' besar'!

Gem 3 = Ketinggalan mata pelajaran tingkatan 1 dan 2.

Gem 4 = Kira OK sebab baru tingkatan satu.. tapi telah kehilangan asas darjah 3,4,5 dan 6.

Gem 5 = Hilang asas darjah 1,2 dan 3.

Gem 6 = Hilang asas darjah 1 dan 2.

Kesemuanya terkial-kial...

Sebelum peperiksaan, kami minta mereka meletak sasaran. Mesti ada kedudukan relatif sasaran. Lalu, masing-masing meletakkan sasaran .. ada yang kata top 10, top 15, top 20. Dalam hati ada juga berkata-kata... kalau lulus semua mata pelajaran pun sudah merupakan satu pencapaian yang besar. Bayangkan.. mereka hanya ada enam bulan sahaja untuk menukar bahasa dan budaya dalam sistem pembelajaran yang berbeza.

Minggu lepas kami ke sekolah rendah untuk mengambil keputusan peperiksaan. Ternyata ada pembaharuan dari sistem yang dulu. Kali ini kami menerima sehelai kertas laporan, pasti dalam bentuk angka dan huruf sahaja. Lain-lain pencapaian sosial dan sahsiah tiada dalam skop laporan. Cuma jika ditanya, cikgu akan menjawab. Sesuatu yang lucu.. maklumat perangai Gem 4 saya dapati dari ibu seorang kawannya (dalam masa sejam berbaris menunggu giliran)! Keputusan 'angka' dan 'huruf' anak-anak adalah di luar jangkaan. Alhamdullillah..dalam kepayahan mereka dapat bangun.. Mereka berjaya meraih apa yang di luar sasaran:

Gem 3 = First

Gem 4 = First

Gem 5 = First

Gem 6 = ? (he..he.. katanya .. "I'm shy") ... tapi peratusnya OK, paling buruk.. 'B'!

Syabas... kedudukan yang relatif itu walaupun tiada makna dalam sijil tapi dapat meningkat keyakinan diri yang tinggi..

Usaha pasti perlu diteruskan.. seiring dengan doa yang tidak putus-putus. ... kerana yang pasti Bulan tidak jatuh ke riba.. Allah telah menetapkan hukum alam - kitalah yang perlu berusaha mengubah nasib kita sendiri..dengan segala daya usaha dan kekuatan seiring dengan doa dan mimpi-mimpi...

Tuesday, 16 June 2009

Sehari di Drayton Manor

Entri kali ini sepatutnya sudah lama ditulis, tapi tidak berkesempatan. Walaubagaimanapun, entri ini merupakan kenangan yang signifikan.. perlu juga diabadikan di dalam blog. Drayton Manor adalah destinasi terakhir yang sempat dilawati sebelum dijemput pulang ke Malaysia. Ianya merupakan satu-satunya tempat yang masih meniti di mulut Gem 7.. tentang Thomas dan Percynya. Ini kali kedua kami ke sana, setelah kali pertamanya terpaksa pulang apabila pengunjung terlalu ramai.

Seronok kerana nak pergi tengok Thomas...

Selepas dapat masuk.. terus menerpa ke Thomas.. jadi orang pertama dapat naik Thomas hari tu..

Kemudian.. jumpa Percy jugak..

Selepas naik Thomas.. berhenti dan bersiar-siar dalam zoo

Merayau-rayau dalam zoo.. ha..ha.. tema baju merah...

Kemudian .. tunggu Gem-Gem dibuai tinggi dan laju... Gem 7 dok terkapok atas dokongan.. takut..

Tunggu Gem 4, Gem 5 dan Gem 6 menggelongsor dalam terusan air.. nun di atas sana..

Kepenatan menunggu giliran..


Ha.. ha... dah melentok.. penat.


Gem 1 dan the boys dalam cable car

Gem 3 sedang dihayun dalam kapal lanun


Kami di dalam bot mengilingi tasik..

Puas hati Gem 7 dapat bermain-main dengan semua geng Thomas

Usap kepala Thomas



Boys dan si Merah


Bersama si Merah

Baru lepas menaiki Harold

Nampak pulak Percy di bawah

Penguin..

Penguin lagi...

Ha.. Penguin ni senang untuk didekati

Penguin-penguin lagi..

Berhenti sekejap untuk makan dan minum..

Bergegas untuk pulang..
Seronoknya bersantai di Drayton Manor. Tidak sangka pula ianya merupakan destinasi terakhir yang dapat dilawati. Cuti penamat bagi satu penghijrahan yang panjang. Drayton Manor masih meniti di bibir Gem 7. Entri kali ini adalah dedikasi untuknya kerana ini tempat pilihan beliau untuk bercuti.

Wednesday, 3 June 2009

'Sleep Over'

Semalam kami menerima kunjungan Laily dan Mus sekeluarga. Tujuan asal mereka untuk mengikuti majlis konvokesyen yang berlangsung di UiTM. Kata Laily, "Kak .. boleh tak nak bagi anak-anak 'sleep over' kat rumah akak?". Lama sungguh rasanya tidak mendengar istilah 'sleep over'. Beberapa tahun lalu, aktiviti sleep over adalah acara wajib untuk anak-anak ketika musim cuti persekolahan. Sebelum cuti sekolah, anak-anak akan merancang rumah siapa yang akan menjadi mangsa aktiviti sleep over. Selalunya, pada sebelah petang, ibu bapa kawan anak-anak akan datang ke rumah untuk menghantar anak-anak mereka untuk aktiviti itu. Macam-macam aktiviti diadakan - rancangan anak-anak. Mereka akan tidur pada larut malam, pernah juga tidak tidur semalaman.

Semalam, berlangsunglah aktiviti sleep over. Aktivitinya masih sama, lokasinya yang berbeza. Tapi kali ini, bukan setakat anak-anak saja, ibu dan bapa pun sleep over juga!! Ketika anak-anak berlari ke sana ke sini, ibu bapa berceloteh tidak berhenti-henti...

Ketika melambai mereka pulang, Laily pun bertanya "Kak.. bila nak sleep over ke rumah kami?" Aduh... aktiviti sleep over kali ini, sudah melampaui sempadan negeri..!!! Bukan seperti berlegar antara jalan-jalan di sekitar Forest Field!!!!

Monday, 18 May 2009

Pangkalan Data: Antara Tanda-Tanda

Pangkalan data (Database) adalah satu istilah yang sudah biasa benar didengar. Apatah lagi bagi seorang hamba Allah yang terkecimpung di dalam bidang komputer sains ini melebihi dua dekad. Secara am, pangkalan data ialah satu konsep tempat terhimpun data-data tertentu untuk diselenggarakan (dibina, ditambah, dipadam, dikemaskinikan, disusun,diproses,dicapai) agar dapat memberikan maklumat atau laporan tentang sesuatu perkara apabila diperlukan. Secara tradisional, pangkalan data wujud dalam bentuk fail-fail yang mengandungi fail dan rekod tertentu berbentuk kertas. Hari ini, fail dan rekod di dalam pangkalan data boleh wujud dalam bentuk digital. Contoh pangkalan data ialah pangkalan data pelajar (yang menempatkan himpunan data-data tertentu tentang pelajar-pelajar tertentu, contoh: nama, no IC, tarikh lahir, keputusan setiap peperiksaan)dan pangkalan data pekerja (yang menempatkan himpunan data-data tertentu tentang pekerja-pekerja tertentu, contoh: nama, no IC, tarikh lahir, jantina, jawatan, tangga gaji, senarai kelulusan).

Sepanjang minggu lepas, istilah pangkalan data muncul dan muncul lagi. Ada pelajar latihan praktik yang telah membentangkan sistem-sistem mereka untuk kegunaan pelbagai sektor. Ada pelajar sarjana dan doktor falsafah yang membentangkan kerja-kerja yang terkandung pangkalan data. Banyak sungguh istilah pangkalan data yang datang bersimpang siur di dalam hidup ini, berlalu ... tanpa rasa.

Cuma, sesekali saya mengenangkan keberkesanan penggunaan pangkalan data ketika di UK. Contohnya, setiap kali kami pindah ke rumah baru, dalam masa kurang dari seminggu datanglah surat peringatan untuk membayar lesen tv (dalam hati berkata.. amboi! Mereka tahu saja kita dah berpindah..). Sama juga dengan kes cukai jalan. Cukai jalan untuk kereta buruk kami terpaksa diadakan kerana risau disekat di tengah jalan apabila berselisih dengan polis. Terkenang pula kes Gem 7 (ketika berusia setahun setengah), secara tidak sengaja menekan nombor 999. Kurang daripada lima minit, rumah kami diketuk oleh polis. Kata mereka, "Kami telah dihubungi oleh seseorang daripada rumah ini tanpa suara. Kami ingin mengesahkan siapa penghuni rumah ini". Lalu, saya ditanya dengan pelbagai soalan... siapa nama, siapa nama suami, berapa bilangan anak, belajar di mana, bila tarikh masuk ke rumah sewa tersebut, apa nombor plat kereta... Setiap kali saya menjawab, mereka menyampaikan maklumat kepada seseorang yang bertanggungjawab memastikan ketepatan apa yang saya kata dengan yang terkandung di dalam pangkalan data mereka. Apabila mereka pasti data yang diperolehi tepat, merekapun beredar. Sejak dari itu, kami sentiasa berjaga-jaga. Tidak mahu lagi terlibat dengan apa-apa kes kerana takut kes tersebut akan tercatit di dalam pangkalan data mereka yang efektif (dalam hati berkata.. ohh.. rupanya perihal kita diawasi!).

Pada minggu lepas, ketika baru sempat duduk di dalam pejabat, mata saya tertumpu pada keratan ayat dari surah Yasin (yang bertulis tangan) pada papan kenyataan kecil di hadapan meja saya. Dalam hati saya berkata.. alahai.. sibuk benar pada minggu-minggu ini sehinggakan niat saya untuk menulis satu ayat Quran sehari tidak dipenuhi. Niat itu terkantul pada ayat 12, surah Yasin. Saya merenung kembali apa maksud ayat tersebut...

Ayat 12, Surah Yasin
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lohmahfuz).

Terjojol mata saya sambil berkata AllahuAkbar... AllahuAkbar... AllahuAkbar... Ayat ini menceritakan tentang pangkalan data milik Allah! Dalam kitab Al Quran .. ada keterangan tentang konsep pangkalan data.. MasyaAllah.. Kalau kita terkial-kial baru ingin pangkalan data yang gabungan mempunyai teks dan imej, Allah telah sedia ada memiliki pangkalan data yang Maha Kompleks. Allah menyimpan data tentang segala sesuatu.. Cubalah bayangkan apa jenis data yang ada dalam pangkalan data Allah tentang kita.. datang dalam segala bentuk: segala perbuatan kita, percakapan kita, niat kita, mimpi-mimpi kita, pendengaran kita, penglihatan kita, yang tersirat di hati, yang terlintas difikiran, segala sangkaan kita... semuanya dikategorikan pula: yang halal, yang haram, yang wajib, yang makruh, yang sunat, yang sengaja, yang tidak sengaja, yang fardu Ain, yang fardu kifayah. Kesemuanya tersimpul kepada perkiraan terperinci - dosa atau pahala. Pangkalan data Allah merangkumi semua pihak yang terlibat. Allah menyimpan data meliputi akaun individu yang tampak kompleks dan berselirat: contoh.. yang dirasuah vs yang merasuah, yang menipu vs yang ditipu, yang mengajar vs yang di ajar, anak vs ibu dan bapa, yang minum arak vs yang-jual yang-buat yang-hidang yang-hantar... AllahuAkbar.. Maha terperincinya pangkalan data milik Allah, iaitu TUHANku dan TUHANmu!! Gerunnya.... gerunnya... Takut.. rekod-rekod yang dicatit itu tidak mendatangkan kebaikan bila dihitung di Padang Mashyar.

Pada minggu lepas, ketika aku dihujani dengan konsep pangkalan data, aku temui pangkalan data milik Tuhanku.. Pada konsep pangkalan data... ada tanda-tanda kekuasaan Allah. Ya Allah, tetapkanlah rasa gerun terhadap catitanMU kekal di dalam hati-hati kami selamanya. Awas!!! Kita sedang diawasi.. rekod kita sentiasa tercatat di dalam Pangkalan Data milik Allah, Tuhan yang satu.. Tuhanku dan Tuhanmu....

Wednesday, 13 May 2009

Sekalung Tahniah untuk Pelajar-Pelajar FYP (CSC699) Sessi Dis-Apr 2009

Sekalung tahniah untuk semua pelajar yang terlibat dalam 'Final Year Project' untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer. Sepanjang semester, anda telah meletakkan segala daya usaha, doa dan pengharapan. Bermula dengan tajuk yang biasa-biasa, akhirnya siapa sangka, hasilan anda berselit ciri-ciri luar biasa. Sebagai koordinator, di mata kami, anda telah berjaya. Barangkali e-mail berikut dari Dr. S dapat menggambarkan perasaan itu:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya dan Dr. N ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama kesemua pelajar CS230 di dalam menjayakan pameran FYP pada 12 dan 13May 2009 yang lalu.

Kami sangat berbesar hati dan gembira dengan komitmen yang telah anda tunjukkan pada sepanjang pameran tersebut. Kami juga kagum kerana ramai dikalangan anda telah berjaya menghasilkan projek yang sangat innovatif dan mempunyai potensi untuk lebih maju lagi. Pujian yang sama juga telah diberikan oleh ramai panel-panel penilai yang menilai projek anda. Tahniah kami ucapkan.

Kepada yang tidak berjaya, kami juga ingin mengucapkan tahniah diatas kesabaran dan kekuatan semangat anda. Dan juga kesudian anda untuk berada sepanjang hari bersama pelajar-pelajar lain. Kami percaya dan berdoa semoga berkat kesabaran tersebut anda akan lebih berjaya pada semester hadapan.

Akhir kata, sebagai guru kami mengharapkan kesemua anda berjaya menjadi modal insan yang cemerlang dan menjadi produk universiti yang boleh dibanggakan.

Wassalam

Dr.S dan Dr. N
Koordinator FYP


Selepas ini, yang pastinya anda semua akan terbang bebas. Bebas memilih jalan-jalan yang berselirat. Saya berdoa semoga anda semua memilih jalan yang lurus sehingga ke akhir hayat. Selamat membina dan mengutip mimpi-mimpi kerana ramai yang percaya kehidupan hari-hari muka adalah mimpi-mimpi hari ini.