Tuesday 6 May 2008

Jejak Gemilang Silam di Andalusia - Siri 1

Kesempatan untuk berkunjung ke Wilayah Andalusia, di dalam negara Sepanyol adalah merupakan hikmah yang tersirat di sebalik dugaan dan kesabaran. Sambil mengira dan mencongak syiling yang tinggal, kami sekeluarga bertekad untuk pergi... kalau dah bertapak di Malaysia, lagi sayup peluang untuk ke sana. Kami pergi bergantung kepada tiga faktor: pertama, sudahpun selesai menyiapkan tugasan (fasa kedua!). Kedua, mengambil peluang Ryanair yang menawarkan tiket satu 'pence', kira satu sen duit kita. Ketiga, ada Niza dan Hisyam 'royal' sekeluarga yang akan pergi bersama.


Kami bertolak pada pukul 11.30 pagi pada 19 April 2008 daripada Nottingham menuju ke Airport Stansted, London, yang mengambil masa 2 jam lebih. Sebaik bertolak, ada dua rasa yang berbaur: lega.... sebab dah selesai urusan merancang yang bermula dari dua bulan lepas; dan resah.. takut dengan pelbagai kemungkinan.. terlupa bawa passport ka... vouchers ka (yang pelbagai).. tentang apartment..tentang hotel.. Anak-anak bukan main excited..sebab dah lama tak menaiki kapal terbang.. sejak menginap kat sini, perjalanan kami hanya melibatkan bas, kereta tua atau keretapi...dan ini merupakan kali pertama akif naik kapal terbang... aduih.. kesian dia! Sesampai di airport, kami pun terus parking kereta untuk 'long stay - £44.30 untuk kos seminggu'. Dan kemudian.. urusan check-in.. makan.. sembahyang... dan tiba-tiba ...ops.. dah landing di Granada Airport pada pukul 10.30 malam lebih waktu tempatan..(beza sejam je dengan UK).


Cabaran Pertama:

Untuk dapatkan kereta sewa dan memandu kereta sewa (manual dan memandu di sebelah kiri)- he..he.. dapat kereta baru dan bersinar.. tapi akif tak suka.. sepanjang jalan dia asyik sebut 'I don't like this car'.


Cabaran kedua:
Mencari apartment yang di sewa di tengah kegelapan malam.... katanya cuma sekitar 30 minit daripada airport - tapi hakikatnya .. nak sampai ke situ ..MasyaAllah.. macam naik Cameron Highland..jalan agak sempit, mendaki bukit, dan berliku-liku...uishhh... ngeri... awat la tak sampai-sampai lagi ni....

Kat tengah jalan, berhenti sebentar sebab nak jumpa dengan pemegang kunci.. Simon (berbangsa Inggeris dan dah jemu hidup di kota London..). Dia 'lead on' menuju ke destinasi... iskh..iskh... lagi ngeri jalan.. jalan sekangkang kera.. kena dok perhati kiri kanan takut langgar kereta atau tembok rumah orang.. dan naik bukit lagi..dan selekoh tajam lagi.... Akhir sekali, sampai la jugak kami... tapi berbaloi lah perjalanan kami ke apartment tu... lega!!!, apartment kami tiga bilik..dihias cantik... Sufi dan Aufa melompat gembira sebab dapat bilik dan katil ala-ala puteri. Tempat letak apartment ni mempunyai view yang menarik.. bangun pagi nampak puncak Sierra Nevada yang diselimuti salji..



Pandangan dari apartment


Hari Pertama

Hari pertama kami diringi dengan hujan. Hati berbaur resah.. alahai..hujan..macam mana nak berjalan-jalan nih.. Tapi.. hujan atau tidak, kami perlu menuju ke destinasi. Hari yang sudah dicatu ke Sierra Nevada cuma satu, bukan dua dan bukan tiga. Selepas makan nasi kenyang-kenyang (nasi jugak beb!), kami pun berangkat. Jauh perjalanan cuma dianggarkan 45 minit. Sepanjang perjalanan, hujan kekadang lebat..kekadang renyai..ada kalanya berselisih dengan kereta yang diselaputi salji. Hati makin melonjak...harap-harap..adalah salji yang bersisa untuk kami..




Salji bertimbun-timbun di kiri dan kanan jalan.... (over sikit...)


Lepas tu .. teruskan naik dan naik bukit lagi dan lagi... akhirnya kami sampailah ke 'base station' untuk ski. Disebabkan salji dan tebal..kami tak payah pi naik atas lagi.. jimat kos! Dan di sini salji oh! salji... terbenam kaki.. dan salji pun masih turun dengan lebatnya....


He..he... Gem 1 tengah dok berangan meredah salji....


Uish.. kena bergambar banyak-banyak nih... bukan senang nak jumpa....


Di pinggir timbunan salji...


Meredah salji .. nak cari tempat untuk sledging....


Dipendek cerita.. berbahagia lah kami hari itu dengan kesejukan... para ibu dan bapa masih tak puas main... tapi anak-anak dah ajak balik..tangan, muka dan kaki dah bersilih ganti antara merah dan biru.

Bila tanya anak-anak.. depa kata "We like snow but we wish to have it in warm wheather!". Adoi... anak-anak oii... mana nak cari di dunia ni...

Walaupun masih ada sedikit masa untuk bersiar-siar.. semua berpakat untuk balik... dah lemah rasa badan.. dan laparrrr...... dah dok nampak periuk nasi..... Yang bestnya.. kami dah 'frozen' lauk untuk 3 hari di sini.... lega..tak kena masak dah!


Hari Kedua

Hari kedua kami telah catu kan hari untuk melawat Al Hambra.. Al Hambra merupakan kompleks pemerintahan kerajaan Islam yang silam yang meliputi kubu (Al Cazaba), Istana (Nasrid Palace) dan tidak ketinggalan taman yang indah. Kos untuk melawat Al Hambra dan Taman (dua tiket yang berasingan) ialah 60 Euros (untuk tiga tiket dewasa dan 4 budak)... tiket perlu ditempah secara 'online' lebih awal, kalau tak melepas la... tiket adalah terhad.. Kami dah tempah tiket dua minggu sebelum datang.. Ada dua sessi, kami pilih sessi petang iaitu dari pukul 2.00 ptg. hingga 8.00 mlm.


Sesekali hujan turun.. tapi kami redah jugak... kalau tak redah..sayang jugak nak tinggalkan apartment yang comel tu.

Sebelum sampai ke Al Hambra, kami singgah melawat Al Bayzin .. kota lama pemerintahan Islam.. Dari Al Bayzin, boleh nampak Al Hambra di hujung sana... tapi nak sampai ke sana.. siap ronda-ronda city dan ronda.. dan ronda... he.. he.. tak jumpa jalan la tu.....!




Nun.. di sana, terdapat sisa tembok yang membentengi sebuah bandar




Lepas 'ter' ronda - ronda.. kami pun sampai di pintu Al Hambra... kena beratur dulu ambik tiket sebelum masuk...



Depan Al Hambra

Pintu masuk sebenar Al Hambra ..jauh jugak kena jalan..


Pertama sekali, kami melawat kompleks pertahanan Al Cazaba ... macam-macam ruang ada.. pandai sungguh orang Islam zaman dulu...


Dalam Al Cazaba... Banyak lagi ruang dalam kompleks ni..



Pemandangan dari atas puncak menara dalam Al Cazaba


Hi... hi.. pahlawan yang siap sedia


Selepas naik tangga, turun tangga.. dah..penat.. jadi lepas tu keluar menanti waktu untuk masuk ke Istana Nasrid.. nak masuk istana ni mesti ikut betul-betul waktu tertera di atas tiket, lewat sikit..bye-bye le... strict sikit.. ada tiga kali kena check tiket.. si kecik tu pun ada tiket oii..


Bertenggek di tebing bangunan sementara menunggu waktu masuk ke Nasrid Palace

Hujan pulak turun.. tak dak tempat nak berlindung..cuba-cuba masuk bangunan tu.. rupa-rupanya ianya sebuah muzium..di dalam nya berbentuk begini:

Di luar nampak bangunan empat segi, di dalam berbentuk bulatan..

Dalam merayau-rayau tu..masa pun dah tiba untuk berangkat ke istana...

Di dalam istana

Ada kawasan kolam yang memantul bayangan bangunan... ala-ala Taj Mahal gitu...


Di dinding-dinding.. tertera ukiran dan tulisan Arab


Selepas melangut dan membelek ke atas dan ke bawah, kiri dan kanan, depan dan belakang... tup..tup... sampai lah kami ke sini...biasalah ..ada istana mesti ada tamannya...

Melewati taman istana Nasrid


Puteri Gem3 di taman..he..he...


Bersantai di taman ala putera-puteri


Lepas meredah taman tu belakang istana tu..ada lagi taman yang besar bersebelahan dengannya... aduih..imaginasi makin tinggi.. rasa seolah-olah sang putera-puteri bersiar-siar... kalu cerita Hisdustan..mau selori baju dah bertukar ganti...

Dalam taman besar ni.. ada aliran atau pancuran air yang kononnya raja dulu ni minat benar dengan bunyi-bunyi air. Jadi baginda bina aliran dan pancutan air yang mirip air terjun..air pusaran.. dan bermacam-macam lagi.. Tapi sepanjang perjalan kami ni..yang banyak mengeluarkan bunyi he..he.. anak-anak kami... Akif dah mula merengek minta di dokong.. bagus jugak dia.. dah berjalan sendiri dari mula.. dah penat dia.



Di kiri-kanan ..ada aliran air sepanjang tangga yang akan menghasilkan bunyi berirama


Pandangan sekitar taman....


Wajah ceria puteri Gem6 di dalam taman...

Sampai di sini.. dah lenguh seluruh badan .. tapi yang herannya ..anak-anak masih boleh berlari-lari..termasuk si kecik..



Ni dah bukan bersantai di taman.. ni dah macam jungle tracking.. Gem5 dah berpeluh...



Digagahi jugak kaki bertapak untuk sampai ke parking.. dah penat..dahaga dan lapar. Yang bagusnya .. anak-anak tak minta dibeli makanan dan minuman... depa pun tau tak dak dijual makanan halal... itu hikmahnya di sini.. kecil-kecil lagi sudah perihatin kandungan di dalam setiap bahan makan yang hendak dimakan.


Sekian sahaja liputan untuk hari kedua... bersambung ke siri 2.

No comments: