Monday 12 May 2008

Jejak Gemilang Silam di Andalusia - Siri 2

Hari Ketiga

Hari ketiga kami merancang untuk melawat Cordoba. Di sana ada masjid Cordoba (di kenali sebagai Mezquita) yang telah ditukarkan menjadi gereja. Kami agak lewat bertolak kerana sibuk berkemas untuk berpindah ke hotel seterusnya. Semua Gem (1-7) berkerjasama untuk membereskan urusan keluar apartment hari ini..dari urusan mencuci apartment, mengangkut barang ke kereta dan sebagainya. Sesampai di Cordoba, hari sudah meninggi, masalah utama adalah untuk mencari parking. Lebih dua jam dihabiskan untuk mencari parking.

Sementara menunggu parking, anak-anak berlari-lari dan ber'posing' di taman..



Beberapa lama kemudian ..akihirnya dapatlah kami menjejak kaki ke Mezquita..


Bahagian luar Mezquita:


Pintu masuknya:





Berikut merupakan antara gambar pertama yang diambil selepas menjejak kaki ke dalam Mezquita.. GELAP dan SURAM, itulah yang kami rasai... suasana yang bagai bersama meratapi si Masjid yang kini menangis meratapi kesuciannya yang ternoda.



Gambar berikut merupakan hanya satu sudut peninggalan Islam yang masih bersisa.. sudut di mana khalifah mengimami sembahyang.



Mezquita ini mempunyai banyak tiang.. dikatakan ia dikagumi kerana walaupun berdiri di celah-celah mana-mana tiang tersebut, makmum masih boleh melihat mimbar.



Sisa-sisa ukiran asal yang disimpan untuk tatapan umum:



Satu-satunya tiang asal yang masih disimpan:



Selepas mengelilingi Mezquita... kamipun tergesa-gesa keluar dan melewati tamannya:









Cepat jalan! Cepat jalan! Kita tak dak masa nih! Nak pi tempat lain pulak...


Hajatnya nak ke Madinat Az Zahra. Tersilap baca maklumat... Madinat Az Zahra adalah kompleks pemerintahan khalifah Islam yang lengkap dengan pasarnya. Yang dibaca 'pasar'nya... dok ingat tempat shopping..rupa-rupanya arkeologi sejarah Islam..dah sampai ke tempatnya..tapi tak masuk.......


Akhirnya, kami bertolak ke Malaga... nak check-in apartment baru... jauh jugak dari Cordoba..agak-agak dua jam lebih perjalanan.....


Hari Keempat


Hari ke empat kami bertolak ke wilayah Gibraltar (dulu-dulu belajar pengajian Islam..pernah terjumpa Bukit Jabal Tariq... ha .. ni lah dia). Rupa-rupanya Gibraltar masih di dalam jajahan UK. Cuaca cantik dan langit membiru. Untuk ke sana (daripada kondominium yang di sewa) lebih kurang sejam setengah. Kami memilih untuk menggunakan highway walaupun kena tol kerana tak sanggup melewati banyaknya round about... Andalusia boleh dicalon untuk dianugerahkan mempunyai bilangan round about tertinggi di dunia!! he.. he... Tapi tak pa lah jugak.. dah lama hidup kami bebas tanpa tol.

Nun di sana, Gibraltar bagaikan menggamit... sambil saya dan suami mengucap syukur anugerah Allah ini yang menyampai hajat kami untuk ke sini...




Gibraltar merupakan satu bandar yang lengkap..dan mempunyai lapangan terbangnya sendiri. Untuk meninjau sekitar Gibraltar, ada cabel car untuk sampai ke puncak yang di kenali sebagai 'Top of the Rock'. Gambar berikut di ambil semasa kami berada di puncak 'Top of the Rock' dan berlatar belakangkan Bukit Gibraltar.





Di sini banyak kera..sesekali terasa berada di Tanjung Bunga...



Pemandangan sekitar Gibraltar..




Selepas meninjau kiri kanan, utara dan selatan..kami pun turun untuk mencari satu-satunya Masjid di sini yang dibina oleh oleh kerajaan Arab Saudi dan dinamakan Masjid Raja Fahd.




Gem 1 berbual-bual dengan pengurus besar masjid Fahd.. kami dijemput minum oleh pengurus itu di dalam rumah beliau bersebelahan dengan masjid tersebut.




Selepas ke masjid, kami berjalan ke 'the most southern point of Europe' yang berdekatan dengan masjid tersebut. Nun di sebelah sana dah nampak sayup-sayup negara Morocco.


Di pinggiran ini masing-masing sempat bersantai untuk menghilangkan lelah setelah seharian menjamu mata...

Ada yang suka 'posing', yang berlari-lari, yang melompat dan bermain pasir...













Selamat tinggal Gibraltar... kekaguman tentang gagahnya pahlawan silam masih terasa...

No comments: