Monday 19 January 2009

Menyambut Kepulangan dan Nostalgia

Hari Khamis yang lepas kami sekeluarga menyambut kepulangan keluarga Mus dan Laily di KLIA. Sejak menerima sms Laily yang menyatakan mereka sekeluarga akan bermalam di rumah kami sementara menunggu penerbangan ke Senai, hidup kami tiba-tiba menjadi begitu 'aktif'. Mana tidaknya, rumah kami masih bersepah walaupun hampir empat bulan telah kembali ke tanahair. Dapur baru sahaja siap dua hari sebelum kedatangan mereka sekeluarga. Seperti biasa, semua ahli keluarga dikerah untuk bergotong-royong. Sekurang-kurangnya, dapatlah sekeluarga mereka 'menjejak kaki di lantai' nanti. Seawal pagi hingga ke lewat malam, Gem 1 tidak habis-habis menyebut... kemas! kemas! kemas! Akhirnya, sasaran untuk menyediakan bilik untuk keluarga Mus dan Laily tercapai juga, ketika jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Sebaik saya ingin memadamkan lampu, sms Laily pun diterima, "Akak, kami dah bertolak ke London". Selepas itu, entah bila saya tertidur, tidak pula sempat melihat jam.. tapi rasanya agak lama.. kerana tiba-tiba saya bernostalgia sendiri detik-detik kami mengalami peristiwa 'keberangkatan pulang' sebagaimana yang mereka lalui sekarang.
Kami berangkat pulang pada hari Jumaat, 19/09/2008, iaitu pada bulan Ramadhan, sekitar sepuluh hari lagi umat Islam akan berhari raya. Sebaik mengambil keputusan untuk pulang, kami sekeluarga diusik pelbagai perasaan. Yang pasti anak-anak kesedihan. Gem 3 bertanya "Can you get visa for me to stay here longer?". Gem 6 mempersoal "Why can't you born me like Gem 7, and I can stay here forever?". Saya tiada kata-kata, kecuali mengatakan yang pahit... :We have to go back because we are Malaysian. We have relatives there". Anak-anak kami tidak ke sekolah sejak sekolah dibuka semula pada awal bulan Disember. Takut-takut kalau mereka akan menjadi bertambah sedih. Tetapi saya membawa Gem 4 bertemu kawan-kawannya di Djanogly. Gem 3 pula meminta ingin ke sekolah pada hari sepatutnya kami bertolak. Beliau bangun pagi-pagi lagi dan bersiap ke sekolah buat kali terakhir.
Pagi hari Jumaat, kami sungguh sibuk. Mencuci di sana-sini (itupun masih banyak sampah yang tinggal) dan asyik mengeluarkan dan memasukkan baju dan barang ke dalam beg-beg. Sahabat-sahabat telah mula datang seorang atau berkeluarga. Saya mundar mandir menyapa tetamu dan berlari ke sana ke sini. Mata melirik sekeliling. Kekadang mencari kalau-kalau ada barang yang tinggal, dan selebihnya hanya ingin menatap segalanya buat kali terakhir. Anak-anak ke hulu kehilir dengan kamera di tangan. Kata mereka, kami ingin mengabadikan semua lokasi di dalam rumah untuk kenangan, termasuk 'toilet'! Sebak juga saya mendengarnya. Tapi saya lebih risau Gem 7. Beliau tidak suka berada di luar rumah kami pada waktu yang lama. Ketika bercutipun, beliau sering mengajak pulang. Baginya, rumah 'White House' (sebab cat putih!), syurga dan dunianya. Lalu, kami sering mengingatkan beliau "We will go far far away.. no more white house..OK".
Masa berlalu pantas. Sedar tak sedar, kenderaan yang disewa telah terpacak di depan rumah. Hati menjadi semakin sayu. Saya melihat mata anak-anak sudah mula merah. Apabila barang telah dimasukkan ke kereta, tibalah masanya kami semua keluar untuk memasuki kereta. Ketika itu, acara salam dan berpelukan pun bermula. Tiada kata yang terkeluar kecuali air mata. Ketika di dalam van, kami semua memandang ke belakang. Mulut masing-masing tidak henti menyebut 'bye' dan tangan pun melambai-lambai. Barangkali kerana van bercermin hitam, sahabat yang hadir tidak nampak lambaian kami. Tapi kami melambai tanpa henti. Kami terus memandang ke belakang, sehinggalah van bergerak ke simpang Gregory Road. Saya tidak berkata apa-apa lagi, hanya penuh linangan air mata. Anak-anak masih bersuara... "bye-bye Djanogly, bye-bye Claremont, bye-bye Asda, bye-bye Marry Potter....". Sehinggakan van sudah bergerak di motorway M1, anak-anak yang keletihan masih tidak tertidur seperti selalunya. Mereka meluaskan mata memandang segalanya.. rumput-rumput di tepi jalan, biri-biri, kuda .... Saya dan Gem 1 masing-masing berpesan pada anak-anak "Study hard, you'll come again".
Demikianlah, masa berlalu pantas. Empat bulan dulu, kami diringi pulang dan disambut. Hari ini, kami diberi peluang untuk menyambut pula sebuah kepulangan. Semenjak diberitahu, Liayana dan Ahmad akan datang, anak-anak terutama Gem 4, Gem 6 dan Gem 7, sungguh gembira. Ukhwah yang terjalin melewati batas saudara. Tambahan pula, kami berasa benar-benar dihargai apababila Mus dan Laily sudi bermalam di rumah kami, sedangkan mereka juga disambut oleh adik-adik Laily.
Kami bertolak awal ke KLIA. Kami ingin memastikan kami berada di pintu keluar sebaik saja mereka muncul. Oleh kerana terlalu 'excited', kami tiba agak awal. Sempat pula bergambar sambil memerhati kapal terbang naik dan turun. Kekadang terasa seperti kami pula yang akan berangkat!

Menuju ke Anjung View .. konon-kononnya nak menyaksikan kapalterbang dari London mendarat

Di Anjung View... sambil makan jagung.. tapi anak-anak masih kelaparan (sebab baru balik dari sekolah).. beredar ke kedai makan..

Sedar-sedar.. kapal terbang dah mendarat.. bergegas ke balai ketibaan.. hah... terpacak betul-betul di depan pintu keluar..

Pelukan erat sahabat

Meriah...

Berposing dengan baju yang liyana bagi....

Berborak-borak... Iris kepanasan...
Dari KLIA, kami bertolak terus ke rumah. Di rumah, sibuk pula siapkan makan malam. Kami juga dikunjungi oleh keluarga Yuhanis dan Raza. Riuh-rendah jadinya. Anak-anak lupa makan. Seperti biasa, mereka meluru ke atas dengan agenda sendiri. Kaum ibu dan bapa berborak-borak. Pelbagai pertanyaan terpaksa dijawab dek Laily.. "Apa khabar si polan", "Apa khabar si polan"... banyak betul soalan. Kekadang, Mus tersilap menjawab.. "kami di sini.."... ye lah Mus... Di sini bukan Nottingham... di sini bumi Malaysia! Masing-masing terlerai ketawa. Bersyukur Allah menemukan kita... insan-insan biasa yang saling menerima seadanya. Asal hanya sahabat, tapi kasih melewati saudara.
Keesokannya, mereka bertolak ke KL untuk ke rumah adik Laily. Pulang ke Shah Alam hampir pukul 8.00 malam. Flight pukul 9.05 minit! Aduss.... bagai hali lintar... makan..kemudian pecut ke KLIA. Tiba di KLIA, malangnya..gate closed!!!! Penerbangan seterusnya, pukul 10 pagi esok. Apabila dikhabarkan kepada keluarga Mus yang sedang menanti di lapangan terbang Senai, ayah Mus berkata "Tunggu di situ, Ayah akan ambil". Fuhh.... sanggup seorang ayah meredah malam dan jarak untuk ke KLIA. Akhirnya, Mus sekeluarga terpaksa pulang ke Johor dengan limo!!!! Kesian Mus dan Laily.... kesian jugak kami... keh..keh..keh... kena saman parking! Apapun, terhibur rasanya bersama Mus sekeluarga. kami merindukan Nottingham dan kehidupan di sana. Cukuplah sekadar menghidu aromanya yang mereka sekeluarga bawa. Terima kasih.

9 comments:

Anonymous said...

kalau boleh kucoretkan suara hati ini, sama sahaja bisikannya dengan apa yg dicoretkan oleh kaknas.. kerinduan pada notts masih menebal... sebak di hati masih bersisa... in fact semalam Liyana menangis 'I miss UK'.. sedih hati mendengarnya.. 'Sabarlah nak, ibu pun miss UK juga..'
kaknas, byk ke kena saman?... nantilah, kita kautim semula k...

SevenDrops said...

Salam Laily... amboi cepat betul baca... relaxlah...

Anonymous said...

tggl nappy ja si iris..anak UK snggh..sedih la baca entry kak nas yg ni..tak dpt bayang mcmna kami nnt..plng takut nk sesuai kn diri balik dgn mesia..brg suma mahal..hukhukhuk..

farah

Anonymous said...

Alhamdulillah..K laily dah selamat sampai..mmg betul farah,,sedih tul baca coretan k nas ni..boleh tulis novel la akak..nizar

SevenDrops said...

Salam Farah and Nizar,

Amboiiiii rindu betul kat U all... kalau nak balik, calling-calling tau... nak p peluk you all pulak.....

He..he.. selamat maju jaya 'dalam pelajaran'! Bila you all datang visit akak punya blog ni. terasa seolah-olah you all datang ke rumah akak.. sedih la pulak...

Anonymous said...

adoi saya lagilah sedih sbb lepas ni turn saya balik uwa!!!!! camna ni?!!! 6 days to do...

Anonymous said...

kaknas, tompang rumah kaknas kejap yea, nak jumpa kawan2 lama... hehehe...

farah,nizar,izan dan juga rakan2 di notts yg lain.. manfaatkanlah sepenuhnya saat2 berharga di uk tu.. kami ni dah dituliskan hanya layak menghirup udara uk setakat 2 tahun sahaja.. bersyukurlah kalian berpeluang tinggal lebih lama di sana...

bila smpi di KLIA, terasa masih segar lagi di ingatan, saat2 kami mengatur langkah terakhir di bumi Malaysia, jauh di sudut hati terbetik, alangkah indahnya kalau saat2 itu dapat diulang semula...

kegembiraan pulang ke Malaysia hanya satu, kebahagiaan utk bertemu semula ibu bapa, adik beradik dan sanak saudara, namun selebihnya hanyalah kesedihan dan keperitan sahaja...

masih terkenang2kan saat2 bersantai2 di uk, otak relax walaupun badan penat bekerja tapi masih ada banyak masa free utk bersantai... waktu bersama anak2 pun panjang... kehidupan kita sepenuhnya bersama keluarga..

Semenjak pertama kali menjejakkan kaki di bumi UK, tidak pernah ada istilah jemu, 'depress', bosan, benci atau tak suka dengan tanah penjajah nie... hati ini sentiasa happy tinggal di sini... why? terlalu byk jawapannya, Insya Allah akan kubukukan suara hati ini untuk tatapan anak cucuku satu hari nanti...

dan pesan kami pada kawan2, sama je dgn apa yg kaknas pesan, biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli... walau apa pun, kami tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah telah kurniakan kepada kami selama ini... ALHAMDULILLAH...

SevenDrops said...

Salam,
Hai kawan-kawan... bila baca komen-komen you all bila datang melawat blog akak ni, rasa sungguhhhh gembira. Betullah.. rasa macam you all ada dok sembang dengan akak... apa kata..kalau rindu-rindu.. datanglah bertandang ke 'rumah' akak di sevendrops... Ukhwah pasti akan terus terjalin...

Akak setuju benar dengan komen laily...

SevenDrops said...

Salam 'tetamu rumah' akak,

Akak sebenarnya buat blog ini untuk tatapan anak-anak.. biarlah mereka baca suatu hari nanti apa-apa acara yang telah dilalui. Akak nak mereka simpan sebagai kenangan manis seumur hidup..