Monday, 2 February 2009

Meraikan Kepulangan Mak Lang

Cuti raya Cina kali ini kami balik kampong. Satu percutian yang tidak dirancang. Sepatutnya, giliran orang Kedah melawat Shah Alam, tetapi dibatalkan di saat-saat akhir. Pada mulanya, kami bercadang untuk bersantai di rumah sambil berkemas-kemas. Anak-anak pula 'ditimbun' dengan pelbagai 'homework'. Tapi, selepas sehari bermalas-malas, Gem 1 kata "Bila lagi nak balik kampong... selepas ni cuti panjang hanya di bulan Jun". Lalu, kami pun sibuk mencapai apa yang patut untuk dibawa. Pukul 5.00 petang (hari Ahad, 25/01/2009)) baru kami bertolak. Kebetulan pula hari tersebut ialah hari lahir Gem 5 yang ke sepuluh. Rupa-rupanya Gem 5 berkongsi hari lahirnya dengan anak-anak saudara sepupu, Affandi (anak Adi) dan Nabila (anak Amin). Sebaik kami menyampaikan berita yang kami akan balik kampong, Mak Lang dan Mak Cik telah menyediakan tiga biji kek hari jadi. Kata mereka "Bawa kereta perlahan-lahan, kami akan tunggu untuk sambutan hari lahir". Emm... seronoknya...

Sesampai di kampong, rasa seolah-olah suasana hari raya. Cucu-cucu saudara yang riuh-rendah ditambah pula dengan ke lima-lima anak yang kami bawa... gamat jadinya. Bukan senang untuk mengumpulkan adik-beradik di dalam suasana sebegini. Tambahan pula, sudah lama kami tidak berjumpa dengan Mak Lang. 'Mak Lang' ialah panggilan anak-anak kepada kakak saya, Latifah (atau kami panggil Cik Pah). Sewaktu kami ingin berangkat ke UK dulu, Cik Pah berkata dalam sebak "Pergilah belajar... jangan risau mak, cik Pah akan jaga". Tapi, selang tidak beberapa lama, Cik Pah pula berangkat ke Saudi dan bekerja di sana. Cuti kali ini, kami ingin meluangkan masa meraikan kepulangan Cik Pah untuk bercuti selama sebulan. Sambil meraikan beliau, sudah pasti saya terkenang zaman silam. Hidup bagai roda, Allah boleh merubah segalanya. Dulu, Cik Pah agak 'rugged'. Namun kini, beliau berpeluang menjadi tetamu rumah Allah berkali-kali. Jauh di sudut hati, saya pasti tentu Cik Pah 'istemewa' di sisi Tuhan. Untuk menghadirkan diri di depan Kaabah, bukan sebab kita punya wang sahaja. Wang dan masa cuma penyebab. Yang utama, kita perlu mendapat 'jemputan istimewa' daripada Allah. Jika jemputan telah diterima, apa sahaja halangan, pasti dapat dilepasi. Kami masih ternanti-nanti bila pula giliran kami dijemput ke rumah Allah. Mudah-mudahan, kita semua juga berpeluang menjadi insan-insan istimewa di sisi Allah.


Sebaik tiba di kampong, Gem 5, Affandi dan Nabila terus diraikan dengan kek hari lahir masing-masing, tapi Gem 7 'terasa' seolah-olah hari jadinya!

Cepat lah... nak potong kek dah ni!


Selepas dua hari di rumah Tok, Cik Pah mengajak kami ke Penang pulak. Kami, Tok, Mak Cik dan Fikri terus menerima pelawaan... esoknya, saya, Gem 1 dan Cik Zah ke Padang Kota Baru untuk berjogging di tepi pantai


Cantik pemandangan di belakang... sampan-sampan nelayan sedang berlabuh.


Petangnya pula, kami semua ke tepi pantai berhampiran rumah Cik Pah


Gem 4 dan Gem 5 sibuk jugak berposing!

Adi dan Fikri pula sedang menjala... syyy... hasil tangkapan cuma lima ekor anak udang!


Sibuk mencari lala..


Malamnya, kami makan malam di restoren Ilyana

Ramainya anak-anak

Ini 'Tiga Dara Pingitan' dengan mak kesayangan

Keesokan paginya.. kami pekena roti canai pula...

Pulang dari Penang, Gem 7 dapat basikal... gembira sungguh dia nampaknya dapat berbasikal di sekeliling rumah Tok

6 comments:

Anonymous said...

rajin maksu menulis....
tahniah!!!
boleh dikenang selama-lamanya....

me said...

Ira,
Next cuti sekolah panjang next mth - Mid Sem seminggu. Plan cepat utk holiday .. hehehe. Looks like you & the kids dah start enjoy kat sini .. slowly. Tapi mana boleh lupa main salji kan.

SevenDrops said...

Salam Anynomous...

Memang itu pun tujuan asalnya.. untuk kenang-kenangan kami sekeluarga.. tapi jadi terseronok pulak bila ada orang dok visit!

Mak su

SevenDrops said...

Salam Mashitoh,

My kids are still confused... they like their relatives but they missed so much living in UK

ida said...

wah bestnya maksu dapat bercuti kat umah maklang...
lain kali kita plan la cuti kat sini pulak...ajak depa semua mai sini...

lili

SevenDrops said...

Salam Lili,

Ahlan wa sahlan ke blog mak su... nak bertandang ke rumah... busy... boleh lah mai kat sini...