Thursday, 12 February 2009

Kerenah Gem 7

Sudah dua minggu lebih Gem 7 merengek meminta dibelikan 'trolley bag'. Tidak sudah-sudah kami dihujani dengan "Can you buy me trolley bag please..like my friend's?"... "I want a trolley bag!"... kalau dia tahu kami perlu ke kedai untuk beli barang.. ini pula ayatnya "Do you want to buy my trolley bag now?". Huh.. penat sungguh mendengarnya. Topik perbualannya asyik melencong ke arah trolley bag. Kami pun berusahalah untuk mendapatkan untuknya. Malangnya, jika bukan di waktu musim buka sekolah, barang-barang sekolah agak sukar dicari, seolah-olah urusan penjualan barang-barang sekolah 'hilang sekejap... berjumpa lagi di tahun depan!'. Cari punya cari .. alahai..yang jumpa cuma beg Barbie! Itupun harganya RM100+! Hah... tiba-tiba perasaan kesal pun menyerbu-nyerbu... selalu jumpa di carboot 2 Pounds pun tak mau beli!!!!! Akhirnya, yang dicari tak jumpa-jumpa.. Gem 1 belilah jugak beg Spiderman... besar.... Balik-balik tengok, salah satu tangkai dah tercabut. Kecewa sungguh Gem 7. Hari ini, barulah dapat dia membawa 'trolley bag' ke sekolah. Beliau bangun awal sungguh hari ini. Sebaik mata dibuka.. "Can I bring my trolley bag today? Is my bag not broken any more? ... bla.. bla.. Hasilnya, Gem 7 sudah siap dengan baju sekolahnya sejam lebih awal dari biasa. Sarapanpun 'skip'. Saya pulak terpaksa berkejar-kejar siap ke tempat kerja apabila tidak larat lagi mendengar 'quick mummy.. quick mummy..I want to go to school now'. Rasa nak marah pun ada.. tapi bila nak marah.. dia kata "I'm only a little boy mummy!..".


Tu dia... besar sungguh beg... apa kan daya.. dah usaha cari beg kecil.. tak dapat-dapat jugak!


Senyum bangga dengan beg yang dihajati..
p/s: Hari ini ingatan Gem 7 pada rumah 'white house' masih utuh. Semasa melihat liputan tentang belon panas di TV3 tadi, Gem 7 kata... "Look mummy, it's the same..it's the same! I saw the big balloon at my white house!!"

5 comments:

nurazzah8 said...

Kah kah kah....besarnya beg!
orangnya pun boleh masuk dalam tuh...

nak cari beg dan apa saja...pernah pergi 'Car Boot' Sale kat stadium setiap hari ahad? kat Shah Alam ni pun ada "car Boot sale" tapi tidak lagi dijual di car boot! Masanya setiap hari Ahad di padang letak kereta Stadium Shah Alam (depan TESCO tuh)... pada awal-awal dulu memang di jual di car boot betul...tapi semakin lama semakin ramai orang jual dan semakin banyak barang yang hendak di jual...so akhirnya pihak MBSA telah membuka gerai2 jualan instead of 'car boot'...

Memang banyak pilihan....tapi biasalah kat Malaysia ni...kualiti itu sendiri lah pilih....

SevenDrops said...

Salam Azzah,

Dah tak boleh melepak hari Ahad kat pasar Ahad tu sebabnya ada kelas masters!!!!!!

ida said...

he he he .trolley bag tu pun salah satu demand yg nabilah minta sebelum dia masuk tadika.kena ada baru nak sekolah.tapi masa tu nak buka sekolah so banyak choice..beli kat giant aja...murah aja(dlm 30) tapi tahan,nie nak masuk tahun kedua..

teratakmuslaily said...

hahahaha dah nak sama besar beg dgn tuannya... hehehe...
ahmad hari2 komplen beg sekolah dia berat... hihihihi

Nihlah Insyirah said...

hehehe...kelakolah anak akak ni..tak tahan dengan ayat "I'm only a little boy mummy!". mesti tak jadi nak marah bila dia kata camtu kan..hehehe..cute jer:)