Tuesday, 17 February 2009

Ringkas dan Manis

Sejak Raya Puasa lepas, kami berkali-kali 'menepis' rakan-rakan NMC bertandang ke rumah kami yang berserabut. Sabtu lepas, kami mengajak beberapa keluarga NMC bertandang ke rumah kami. Acara bermula selepas waktu Maghrib. Mula-mula yang muncul keluarga Azman dan k. Shida, kemudian diikuti keluarga Rustam dan Noriza, kemudian Keluarga Faiz dan Bibah, keluarga Malek dan Salwani,keluarga John dan Hani dan akhir sekali keluarga Syeriff of Nottingham dan Farah + Yus. Meriah sungguh dan manisnya. Ketika tetamu yang pertama dan kedua datang, meja masih kosong. Semua datang ke dapur, menarik kerusi dan bersembang-sembang di situ. Sambil tangan bekerja, sambil berbual dan ketawa. Lama sungguh kita tidak berkumpul begini.

Menu yang disajikan tidak seberapa. Buah tangan tetamu menambah perisa.. ada bubur kacang..ada kek pisang dan buah-buahan. Yang si ibu dan bapa sibuk berceloteh. Yang si anak-anak, berkeliaran di atas dan di bawah. Bila dah boring, ke semua keluar bermain di luar dan melarat sehingga ke jalan... suasana meriah macam hari raya. Gem 7 pun minta 'dibebaskan' ke luar. Katanya, "Daddy you go inside with your friends, let me stay outside with my friends"... lepas tu tengok-tengok dia dah mengheret kereta merah kecilnya ke tengah-tengah jalan!

Uniknya sahabat NMC kerana kita berkawan dengan mengheret bersama sebuah keluarga, bapa + bapa, ibu + ibu dan anak + anak! Tidak ada yang merasa disingkirkan. Tidak hairanlah pertemuan kali ini berlarutan sehingga melepasi 'hari Ahad'!

Makan nasi

Anak-anak berpesta di luar

Ibu dan bapa ber'posing'
Makan-makan lagi...

Semalam saya sempat menalipon Farah dan Zul, hajatnya ingin menziarah keluarga mereka. Tapi kata Farah, mereka akan ke KL untuk menyelesaikan Visa untuk Hadif. Kami menjemput mereka bertamu di rumah kami. Kata Farah "tahu tak kak, sampai di airport, Haziq tanya 'Gem 7'! Uh.. uh.. kalau Gem 7 tahu, Haziq nak datang, melompat lah dia nanti!!!

Kemudian, lewat petang semalam, tiba-tiba talipon berdering. Hampir saya tidak sempat menjawabnya kerana tercari-cari hand phone di dalam hand bag (he.. he.. biasa la problem tu). Suara halus di hujung sana tidak berapa dikenali. Rupa-rupanya Awin dan Baha sudi bertanya khabar! Terima kasih.. terima kasih... bila lah kami nak menjenguk ke Batu Pahat nih???
Kami sekeluarga banyak terhutang budi kepada NMC.. terutama bab-bab mengangkat barang dan berkongsi suka dan duka. Bayangkan, sehingga bab nak beli rumah dan hantar thesis pun, terpaksa minta tolong lagi.... Membeli rumah dan menyiapkan thesis merupakan dua perkara serius yang terpaksa dilakukan sendiri. Urusan kedua-duanya rumit, melibatkan wang, kerjaya dan mempunyai risiko yang tersendiri. Namun, bagi kami, urusan kedua-duanya disempurnakan oleh para sahabat NMC .. terima kasih Baha sekeluarga, terima kasih Faiz sekeluarga.. terima kasih Mazlina sekeluarga, terima kasih laily sekeluarga dan terima kasih Syariza sekeluarga kerana membantu kami menguruskan kedua-dua tugas rumit ini (khasnya) dan ke semua warga Notts yang bersama-sama mengukir kenangan pahit dan manis.....
Jeng.. jeng.. jeng... dalam pertemuan baru-baru ni, semua yang hadir bercadang untuk untuk buat dua aktiviti lagi: melintah... he..he... ambik lintah dan paksa lintah hirup darah kita dan makan-makan di Muara, Kelang. Harap-harap.. banyak lagi aktiviti bersama dapat dilaksanakan..

4 comments:

mummyiris said...

iiiiiiiii takutnyer... wa takut lintah!!!!!.... geli pun yea!!...

ye betul kak, kemesraan kekeluargaan NMC yang sering dirindukan di sini... ini pun dah berura2 dgn mus nak menyerang rumah baha sekali lagi weekend nie... ni kes teringat xtvt setiap weekend di notts ler nie... hehehe...
p/s kalau rumah akak dekat, confirm jadi pusat pelepakan kami saban minggu hihihihihi... selamat ler akak, seb baik jauh...

SevenDrops said...

Salam Laily,
Susah jugak akak bila you all jauh.. tak boleh nak ngecek breakfast ka.. lunh ka.. dinner ka..

farah Sharif said...

Salam,
kak dah jumpa dari link laily...ha..ha... frankly speaking you are a good story teller...good malay too..full of feeling...I like it...keep writing....
Semoga ukhwah ini berterusan...

Farah...yang tak sabar bak melintah...he..he....

Laily jum cube..pasti tak geli..he..he...

SevenDrops said...

Salam Farah...

Kih..kih.. tak sangka cik Hajjah nak bertandang ke 'rumah' akak.

Thank you... thank you... Seronok juagak akak tengok you all dok mai-mai ni.. rasa macam dok bersembang kat Forest Field la pulak... Cik Hajjah, bila akak boleh pi 'bertandang' kat blog cek?