Thursday 12 February 2009

Apa Kabar Kak?

Apa khabar kak? Mungkin kak akan membaca entri kali ini. 'Kak' adalah panggilan untuk 'kakak pertama' saya dan beliau merupakan anak kedua di dalam keluarga kami. Kak insan istimewa di dalam hidup kami. Beliau telah banyak berkorban demi masa depan adik-adik yang lain sewaktu keadaan hidup dikekang dengan pelbagai faktor. Lebih kurang dua minggu lepas beliau diserang demam Chikungunya, virus bawaan nyamuk yang melanda Malaysia akhir-akhir ini. Sebelum dihinggapi demam tersebut, kak diserang dengan penyakit kayap. Dari jauh, kami mendoakan kesihatan kak bertambah baik.
"Ya Allah, sembuhkanlah kesihatan kak. Kasihanilah kak sebagaimana dia telah mengasihani kami ketika kami kecil" - Amin.

2 comments:

teratakmuslaily said...

mudah2an 'kak' sentiasa di dalam peliharaan Allah. hari tu abah mus pun diserang demam chikungunya. Alhamdulillah sekarang dah sihat..

Anonymous said...

dah lega dah... baik dah... terima kasih... macehhhh....