Tuesday, 3 February 2009

Kotak dan Kenangan

Kotak.. kotak.. kotak... Lama rasanya istilah ini berlegar-legar dalam hidup, sejak kami memulakan hijrah ke Nottingham. Sehingga kini, melewati jangkamasa 5 tahun, kami masih lagi dibelenggu dengan kotak-kotak yang bersimpang siur di dalam rumah. Namun, kotak-kotak kami bukan 'kotak rahsia'! Kalau 'kotak rahsia' boleh juga dibuat isu politik... he..he..

Kami menganggarkan bilangan kotak-kotak yang dibawa pulang melebihi angka 300, dengan pelbagai saiz dan rupa. Ada kotak kasut, kotak pampers, kotak keropok, kotak komputer... Melihatkan bilangan kotak yang sebegitu banyak, ramai tetamu (saudara dan sahabat) tertanya-tanya, apa yang di dalam tu ya. Kalaulah seperti pulang dari mengerjakan haji, pasti setiap tetamu akan dihulur dengan sedikit cenderamata.. kurma, kismis, kacang cerdik, tasbih, kopiah, jubah...... Tapi, kami tidak menghulurkan apa-apa (he..he.. barangkali, ada yang berkata "kedekut sungguh mereka ini - tiada sebarang cenderamata!"), kecuali coklat-coklat yang telah lama dibawa pulang ketika raya puasa. Apa ada di dalam kotak-kotak tu ya? Saya pun hairan juga! Saya mengimbas kembali bagaimana boleh wujudnya bilangan kotak yang sebegitu rupa....

UK terkenal dengan pasar mingguan yang dipanggil 'car boot' - pasar yang diadakan di padang-padang untuk memberi peluang sesiapa sahaja untuk menjual barang-barang terpakai kepunyaan mereka. Tujuan jualan barang-barang tersebut selalunya berpaksikan kepada slogan "lama untuk penjual, tapi baru untuk pembeli". Tambahan pula, orang-orang Inggeris selalunya menjaga barang-barang mereka dengan begitu baik. selalunya, barang terpakai mereka masih berkeadaan baik dan masih berkotak dengan sempurna. Anak-anak mereka juga diasuh menghargai barang mainan dan buku-buku. Jadi, walaupun barang terpakai, kita masih boleh memiliki barang-barang tersebut dengan harga yang murah dan berkeadaan sempurna. Memandangkan semasa kecil saya tidak dapat memiliki banyak barang mainan dan buku-buku cerita, saya seakan-akan hilang pertimbangan.. setiap kali ke carboot, pasti ada buku dan mainan yang dibeli. Termasuk juga pakaian dan peralatan dapur dan harian yang diperlukan. Maka, saban minggu, bertambahlah koleksi 'harta karun' kami! Apabila berkemas untuk berpindah ke rumah baru (dari Central Avenue - New Basford ke Burford Road - Forest Field) atau pulang ke Malaysia banyak barang yang perlu dikotakkan. Baju-baju, buku-buku, pinggan mangkuk dan periuk belanga lama, ingin saja dibuang. Tapi... bila ditanya (antaranya):
"Gem 3, can we throw this t'shirt?"
Apa jawapannya - "No.. no.. I wore this t'shirt at time time.. bla.. bla..." = 1 kotak
"Gem 4, can we throw this shoes?"
Apa jawapannya - "No.. no.. I wore this dress at time time.. bla.. bla..." = 1 kotak
"Gem 5, can we throw this dinosour?"
Apa jawapannya - "No.. no.. I played with the dinosour when I was.. bla.. bla..." = 1 kotak
"Gem 6, can we throw this bear?"
Apa jawapannya - "No.. no.. you gave me for my birthday when I was.. bla.. bla..." = 1
kotak
"Gem 7, can we throw this Lunar Jim?"
Saya sendiri menjawabnya... "No..no.. we bought this for you when you were sick.bla.bla..
= 1 kotak
Saya bertanya kepada saya sendiri... "Bolehkah buang raga-raga rotan yang ini?"
Lalu saya menjawab, "No..no... dulu kat Malaysia saya tidak mampu untuk memilikinya
sebanyak ini kerana setiap satunya - mahal!" = berkotak-kotak!!!!!!

Demikianlah hikayat kotak-kotak yang tersadai di rumah kami. Kebanyakan kotak-kotak tersebut tiada berlabel. Apabila membukanya, bagaikan menerima satu hadiah misteri! Satu kotak = satu misteri = satu nostalgia. Sambil membelek isi kotak-kotak tersebut, kami bagaikan hanyut di dalam satu kapsul masa. Terbayang segala peristiwa yang bersangkutan dengannya. Contohnya, saya membuka satu kotak yang mengandungi sehelai baju. Baru saya teringat saya membelinya di carboot Mansfield, untuk dipakai ketika viva (masa tu .. tengah ceria kerana supervisor kata "you are progressing very well, you can finish in less than 3 years!".. ha..ha.. hakikatnya tidak begitu... saya merempuh jalan yang sukar untuk berjaya!!!!!). Dan begitulah seterusnya untuk setiap kotak. Masing-masing ada kenangan yang tersirat.

Hari ini, pagi-pagi lagi saya terserempak dengan dua kotak di ruangan dapur. Saya dapati di dalamnya ada sebotol Cadbury Chocolate Spread. Saya begitu gembira kerana saya yakin anak-anak yang akan turun bersarapan sebentar lagi akan menjerit ketawa kerana telah lama tidak berjumpa dengan 'makanan asasi' mereka. Namun, jangkaan saya amat meleset. Apabila saya tunjukkan pada Gem 3, dia kata "Mummy, please don't open it... this is the last bottle of cadbury Spread we have.. save it, I want to look at it for longer!". Apabila saya tunjukkan pada Gem 4, dia hanya membelek tanpa membukanya juga... katanya "When you finish with it, please give the bottle to me, I want to keep it on my table..". Saya hanya terkedu. Mereka bersarapan sambil membisu. Mata mereka merenung botol Cadbury tersebut tanpa disentuh. Benarlah... setiap kotak bagaikan satu kapsul masa. Masing-masing ada peristiwa yang ingin dikenang selamanya. Kotak-kotak yang melimpahi rumah kami adalah kotak-kotak kenangan........

Cadbury Chocolate Spread dan Honey yang tidak disentuh.....

Sisa-sisa 'kenangan' yang belum dibongkarkan

6 comments:

mummyiris said...

alahai... bergenang lagi airmata nie... entah bila airmata ni akan kering pun tak tau... kalau kaknas cuma ada seven je drop, kami ni (me and liyana especially) dah tak tau la brapa byk drop agaknya yg terhambur...

kotak kami dah sampai kat port, tunggu la 2,3 hari ni utk clearance dan akan berlabuh di rumah baru sedikit waktu lagi...

tak byk kenangan carboot yg kami karunkan di dalam kotak2 yg bakal sampai ini... namun kenangan ber'carboot' akan tetap terpahat indah di memori ini...

SevenDrops said...

Salam Laily,

Akak ni tak habih-habih bernostalgia... sekiurang-kurangnya kita serupa... berkongsi kenangan dan pengalaman

Nihlah Insyirah said...

Salam Kak Nas,

Ana rasa bagus juga Kak Nas kongsikan pengalaman Kak Nas sekeluarga untuk tatapan pembaca blog ni. Selain untuk berkongsi cerita, pengalaman ini boleh dibaca kembali suatu hari nanti. (manusia kan suka lupa) Kami pun boleh ambil pengajaran dari cerita Kak Nas :)

Bercakap pasal car-boot, kalau kami ke carboot sales, mesti teringat pesan kak Nas kat rumah Wan yg suruh beli buku dari penerbit Grolier :D Kami pun dok kumpul buku2 tu skrg ni :)

zafwah said...

byk lg rupanya kotak2 kak nia yg belum buka..seb baik umh luas..klu mcm umh kt sini berambur dlm cellar ja la..huhuhu..rindu nk pi carboot..da bermggu2 tak pi sbb sejuk terlampau..in door pun da lama tak pi la ni..
farah

zafwah said...

sorry kak nas..eja nama pun da tak betul..

SevenDrops said...

Salam Ana dan 'Zafwah' (hi..hi.. puas akak cari pasai apa zafwah???),

memang nak berkongsi bersama (mulanya dengan anak-anak..) sebab takut depa lupa pengalaman yang berharga. Untuk pergi bercuti tak sama dengan menetap di sana. Sekarang ni depa tak baca pun.. tapi satu hari nanti akak berharap depa ada masa untuk membacanya...

Pasal buku.. memang patut himpun.. sekarang ni bila buka kotak kalu ada buku, mereka berebut-rebut.. nampak cantik saja buku.. walaupun masa kat sana rasa nak buang dah. Lepas tu akak perhati anak-anak dah tak minat nak beli mainan kat sini. Gamaknya depa dah puassss.

Ha.. buku Grolier beli... kalau tak, nanti menyesal kalau beli kat sini... satu set RM3000 - hutanggggg