Wednesday 13 May 2009

Sekalung Tahniah untuk Pelajar-Pelajar FYP (CSC699) Sessi Dis-Apr 2009

Sekalung tahniah untuk semua pelajar yang terlibat dalam 'Final Year Project' untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer. Sepanjang semester, anda telah meletakkan segala daya usaha, doa dan pengharapan. Bermula dengan tajuk yang biasa-biasa, akhirnya siapa sangka, hasilan anda berselit ciri-ciri luar biasa. Sebagai koordinator, di mata kami, anda telah berjaya. Barangkali e-mail berikut dari Dr. S dapat menggambarkan perasaan itu:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya dan Dr. N ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama kesemua pelajar CS230 di dalam menjayakan pameran FYP pada 12 dan 13May 2009 yang lalu.

Kami sangat berbesar hati dan gembira dengan komitmen yang telah anda tunjukkan pada sepanjang pameran tersebut. Kami juga kagum kerana ramai dikalangan anda telah berjaya menghasilkan projek yang sangat innovatif dan mempunyai potensi untuk lebih maju lagi. Pujian yang sama juga telah diberikan oleh ramai panel-panel penilai yang menilai projek anda. Tahniah kami ucapkan.

Kepada yang tidak berjaya, kami juga ingin mengucapkan tahniah diatas kesabaran dan kekuatan semangat anda. Dan juga kesudian anda untuk berada sepanjang hari bersama pelajar-pelajar lain. Kami percaya dan berdoa semoga berkat kesabaran tersebut anda akan lebih berjaya pada semester hadapan.

Akhir kata, sebagai guru kami mengharapkan kesemua anda berjaya menjadi modal insan yang cemerlang dan menjadi produk universiti yang boleh dibanggakan.

Wassalam

Dr.S dan Dr. N
Koordinator FYP


Selepas ini, yang pastinya anda semua akan terbang bebas. Bebas memilih jalan-jalan yang berselirat. Saya berdoa semoga anda semua memilih jalan yang lurus sehingga ke akhir hayat. Selamat membina dan mengutip mimpi-mimpi kerana ramai yang percaya kehidupan hari-hari muka adalah mimpi-mimpi hari ini.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikumm..
sy farah, pelajar sains komputer IPTA dan sem ini saya berhadapan dengan FYP.Adakah puan berpengalaman dlm fyp plajar cs?sy ingin mintak sdikit pndapat.sy ada satu idea yang ingin dibuat,rasanya ini fokus kepada database sistem dimana sy nak buat sistem yang membantu pelajar baru yang mendaftar di universiti untuk mencari bangunan ataupun kelas2 mereka terletak dimana dalam universiti.
saya rasa software oracle boleh digunakan untuk key in semua data universiti.
untuk gambaran jelas lagi saya bagi contoh macam student boleh select drp mana nak kemana dan sistem akan display lah peta laluan dalam universiti tu..sama je konsep macam google map cuma lebih jelas dan specific saya nak fokuskan kedalam bangunan di dalam universiti sendiri. cuma saya x tahu software apa yang boleh digunakan yang boleh display map dan untuk bergabung bersama database oracle.
kalau pihak puan ada idea yang lebih baik untuk dicadangkan..saya berbesar hati menerima.skrg sy dlm proses mncri idea then baru nak cri supervisor fyp.thats why sy nak phamkan dulu idea sy ni mampu atau tidak dicapai..huhu slasa ni sy akan usulkan idea ni harap2 supervisor yg sy nak tuh setuju la..kalau puan sebagai supervisor fyp..puan rsa ok x idea ne..?.mintak maaf kerana mengganggu dan saya harap sangat puan dapat membantu saya..terima kasih :)

Unknown said...

kalau puan sudi membalas..ni email sy
faraheffa.ayub@gmail.com