Wednesday 23 April 2014

PhD - Perjalanan yang Sukar

Dulu-dulu tidak ramai yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Malah ia sangat menakutkan. Tidak hairanlah ia disangkutkan dengan bermacam-macam stigma negatif. Ada pula yang mendakwa individu yang menyambung pelajaran ke peringkat PhD boleh terjebak dengan penyakit mental dan perasaan hasad dengki. Entah kenapa jadi begitu. 

11 tahun dulu kebosanan menghadapi rutin kerja yang sama menghambat saya menyambung pengajian ke peringkat itu. Sudah tentu ia satu perjalanan yang menakutkan. Apatah lagi ketika mengambil keputusan untuk ke luar negara. Kereta dijual. Rumah dikosongkan. Seluruh keluarga dibawa bersama berhijrah dan berdepan dengan seribu kemungkinan. Yang ada cuma kecekalan dan semangat untuk sedia  berdepan.Tiba di sana, saya kira penyakit mental dan dengki cuma omongan sahaja. Saya lah yang paling tua di dalam bilik penyelidikan itu. Pelajar tempatan muda-muda belaka. Ada yang hanya berusia 23 tahun! Mereka tidak pula gila. Tidak pula hidup dalam kedengkian.

Kini, perspektif negatif terhadap pengajian PhD berkurangan. Ramai sudah anak-anak muda dan golongan tua berlumba-lumba untuk turut serta. Ramai yang berjaya. Ramai juga yang kecundang. Dari pemerhatian saya, untuk berjaya ... yang perlu ada ialah semangat dan usaha yang tidak luntur. Yang paling PENTING perlu belajar bekerja SECARA SERENTAK. Menulis dan menyelidik adalah aktiviti harian... BUKAN mingguan, BUKAN bulanan, BUKAN ikut selera dan kesukaan. Maka berkali-kali dingatkan ... Lakukan kerja serentak. Jika sehingga bertahun-tahun tidak boleh mengubah cara hidup, maka tidak tahulah apa yang akan dicapai nanti. Sungguh, perjalanan PhD adalah perjalanan yang sukar. Ia menuntut keupayaan mental dan daya usaha yang tinggi. Ia tidak boleh tamat jika sekadar suka-suka!

Pun begitu, dihujung kejayaan tidak ada gemilau emas dan intan permata. CUMA, satu perkara yang saya sangat hargai ialah hadirnya keupayaan untuk memerhatikan kehebatan alam, berfikir, bertafakur dan sekaligus menyaksikan Kebesaran Tuhan. Sungguh... ia sangat berbaloi selepas merentas segala penat jerih. Cubalah!

6 comments:

Anonymous said...

setuju 300%....atau lebih lagi....setuju...sangat bahagia dianugerah Allah sahabat sahabat seperti mu kak....kalau tak kerana PhD kita mungkin tak bertemu......

Farah Sharif

Anonymous said...

Alhamdullillah Allah menemukan kita.... Saat sedih. tak jadi nak sedih.. sebab ada orang lain yang lebih sedih...

K.Nas

Muhammad said...

susah..dan sangat susah..saya sdg melalui kesusahan itu..kejayaanmu sumber inspirasiku..:)

Anonymous said...

Selamat berjuang..... InsyaAllah... Allah menemukan jalan penamat yang gilang gemilang..


Sevendrops

mulan said...

couldn't agree more!!

Anonymous said...

Hi Mulan....

Lama tak dengar berita.. mudah-mudahan diberkati Allah selalu.

Sevendrops