Wednesday, 25 February 2009

Antara Sahabat dan Rakan Sekerja

Antara sahabat dan rakan sekerja, pasti ada kelainannya. Sahabat merupakan satu perhubungan informal dan lebih bersifat kepada saling menerima individu seadanya. Manakala, rakan sekerja pula lebih bersikap formal dan mungkin berbaur dengan pelbagai rasa persaingan, rasa hormat, 'takut' dan bla..bla.. bla.. Secara ringkasnya, perasaan suka dan duka lebih dikongsi dengan seorang sahabat daripada rakan sekerja. Barangkali, atas dasar ingin memanjangkan ukhwah rakan sekerja kepada taraf 'sahabat', maka di celah-celah formaliti fakulti teknologi ini ada sekumpulan hati-hati yang bersatu secara informal. Kami bekerja di bawah satu fakulti dan di bawah satu bumbung pejabat. Hari-hari, ada masanya sempat bersapa, ada masanya tidak terlintas kelibat. Lalu, pertemuan secara informal pun diatur, kalau dizinkan masa dan keadaan, masanya sekali seminggu. Tempatnya? Selalunya, ada individu yang menawarkan lokasi. Agendanya? Sedikit bacaan Al-Quran dan perbincangan ilmiah dan sampingannya.. makan-makan secara pot luck.. he ..he... tentunya ada yang membawa 'pot' dan ada yang membawa 'luck'! Tapi kami sungguh gembira dan menunggu-nunggu kedatangan harinya untuk setiap minggu.

Jumaat lepas, saya menjemput sahabat-sahabat ini bertamu di rumah. Kali ini, giliran saya pula menyediakan lokasi dan menu. Tapi ramai juga yang membawa 'pot'! Sesekali bertemu di luar kelas atau di luar bilik mesyuarat, rasa sungguh tenang. Majlis dimulakan dengan bacaan koleksi ayat-ayat Al Quran. Kemudian barulah mulakan aktiviti makan-makan. Memandangkan rumah kami tiada pembantu, masing-masing kena menghulur bantuan. Lepas makan? Ohh.. rasa ada masa pulak.. dari bersembang-sembang santai, tiba-tiba 'ustazah' kata.. jom lah kita saling ingat-mengingati.. lalu keluarlah isian rohani dan saling tambah menambah. Majlisnya ringkas ... namun seringkas majlis ini, menemukan sahabat-sahabat di sebalik ratusan rakan sekerja.


Makan-makan selepas baca-baca

Bersembang-sembang dan bertanya khabar

Ada masa lagi... mulakan tazkirah..

Kusyuknya....

Bersemangatnya

Semoga ikatan ukhwah ini mekar sepanjang jalan....

Monday, 23 February 2009

Terima Kasih Sekalung Budi

Hari ini saya menerima e-mail daripada mantan supervisor:


Hi Nas,

How are things going? I've just got your thesis from the faculty office - looks really nice..... How is the paper writing going? And most importantly how are the family? Katy is now full time at nursery and loves it. She is very social and likes all the other kids and the staff there


Cheers,

Colin



Alhamdullillah.. thesis telah selamat sampai ke tangan supervisor. Yang paling penting, beliau menerimanya dengan perasaan 'puas hati'. Beliau amat cerewet bila berdepan dengan penulisan dan penerbitan. Ada-ada saja yang tidak 'kena' di matanya. Apabila saya menerima e-mailnya kali ini, rasa amat lega. Rasa kelegaan ini lalu saya ingin panjangkan sebagai ucapan terima kasih kepada Nizam + Mazlina dan Syariza + Manaf kerana telah bersama-sama memberi 'sentuhan terakhir' ke atas thesis yang dihantar!
He..he.. kedua-dua mantan supervisor saya memang 'family oriented'! Setiap kali meeting, mesti bercerita tentang keluarga masing-masing. Supervisor pertama memperolehi anak kecil setahun selepas Gem 7. Manakala, supervisor kedua pula baru mendapat cucu pertama ketika itu. Masing-masing berbangga dengan anak dan cucu dan saling menunjuk-nunjuk gambar untuk ditatapi bersama. Ahh.. mengenang kembali... setiap kali saya bertemu dengan supervisor kedua, di akhir meeting, beliau akan bangun dan membuka pintu untuk saya dan dengan sedikit membongkokkan badannya, beliau akan berkata, "Ok.. Nas, I wish you good luck, nice to meet you today. Please send my regards to your husband and children". Benarlah, perbuatannya kelihatan kecil, tapi bagi saya amat signifikan. Status beliau yang merupakan 'head of research', 'bekas president UK reading literacy', mempunyai pelbagai 'high index research grant' dan menjadi editor beberapa journal + buku, menjadikan beza antara saya dan dia bagai langit dan bumi. Pasti saya akan merasa sangat kerdil apabila berdepan dengan beliau. Sikap beliau yang menghormati perasaan seorang pelajar hingusan amat memberi kesan dalam jiwa. Pernah beberapa kali, beliau telah menyediakan air untuk saya sebelum saya masuk ke bilik beliau untuk meeting. Ketika bulan puasa pula, beliau tidak menyediakan sebarang minuman untuk saya dan beliau kerana menghormati bulan Ramadhan dan saya yang sedang berpuasa. Kerana kehalusan sikapnya, dari jauh saya sering mengimpikan satu hari nanti beliau berteduh di bawah Rahmat Ilahi...

Tuesday, 17 February 2009

Ringkas dan Manis

Sejak Raya Puasa lepas, kami berkali-kali 'menepis' rakan-rakan NMC bertandang ke rumah kami yang berserabut. Sabtu lepas, kami mengajak beberapa keluarga NMC bertandang ke rumah kami. Acara bermula selepas waktu Maghrib. Mula-mula yang muncul keluarga Azman dan k. Shida, kemudian diikuti keluarga Rustam dan Noriza, kemudian Keluarga Faiz dan Bibah, keluarga Malek dan Salwani,keluarga John dan Hani dan akhir sekali keluarga Syeriff of Nottingham dan Farah + Yus. Meriah sungguh dan manisnya. Ketika tetamu yang pertama dan kedua datang, meja masih kosong. Semua datang ke dapur, menarik kerusi dan bersembang-sembang di situ. Sambil tangan bekerja, sambil berbual dan ketawa. Lama sungguh kita tidak berkumpul begini.

Menu yang disajikan tidak seberapa. Buah tangan tetamu menambah perisa.. ada bubur kacang..ada kek pisang dan buah-buahan. Yang si ibu dan bapa sibuk berceloteh. Yang si anak-anak, berkeliaran di atas dan di bawah. Bila dah boring, ke semua keluar bermain di luar dan melarat sehingga ke jalan... suasana meriah macam hari raya. Gem 7 pun minta 'dibebaskan' ke luar. Katanya, "Daddy you go inside with your friends, let me stay outside with my friends"... lepas tu tengok-tengok dia dah mengheret kereta merah kecilnya ke tengah-tengah jalan!

Uniknya sahabat NMC kerana kita berkawan dengan mengheret bersama sebuah keluarga, bapa + bapa, ibu + ibu dan anak + anak! Tidak ada yang merasa disingkirkan. Tidak hairanlah pertemuan kali ini berlarutan sehingga melepasi 'hari Ahad'!

Makan nasi

Anak-anak berpesta di luar

Ibu dan bapa ber'posing'
Makan-makan lagi...

Semalam saya sempat menalipon Farah dan Zul, hajatnya ingin menziarah keluarga mereka. Tapi kata Farah, mereka akan ke KL untuk menyelesaikan Visa untuk Hadif. Kami menjemput mereka bertamu di rumah kami. Kata Farah "tahu tak kak, sampai di airport, Haziq tanya 'Gem 7'! Uh.. uh.. kalau Gem 7 tahu, Haziq nak datang, melompat lah dia nanti!!!

Kemudian, lewat petang semalam, tiba-tiba talipon berdering. Hampir saya tidak sempat menjawabnya kerana tercari-cari hand phone di dalam hand bag (he.. he.. biasa la problem tu). Suara halus di hujung sana tidak berapa dikenali. Rupa-rupanya Awin dan Baha sudi bertanya khabar! Terima kasih.. terima kasih... bila lah kami nak menjenguk ke Batu Pahat nih???
Kami sekeluarga banyak terhutang budi kepada NMC.. terutama bab-bab mengangkat barang dan berkongsi suka dan duka. Bayangkan, sehingga bab nak beli rumah dan hantar thesis pun, terpaksa minta tolong lagi.... Membeli rumah dan menyiapkan thesis merupakan dua perkara serius yang terpaksa dilakukan sendiri. Urusan kedua-duanya rumit, melibatkan wang, kerjaya dan mempunyai risiko yang tersendiri. Namun, bagi kami, urusan kedua-duanya disempurnakan oleh para sahabat NMC .. terima kasih Baha sekeluarga, terima kasih Faiz sekeluarga.. terima kasih Mazlina sekeluarga, terima kasih laily sekeluarga dan terima kasih Syariza sekeluarga kerana membantu kami menguruskan kedua-dua tugas rumit ini (khasnya) dan ke semua warga Notts yang bersama-sama mengukir kenangan pahit dan manis.....
Jeng.. jeng.. jeng... dalam pertemuan baru-baru ni, semua yang hadir bercadang untuk untuk buat dua aktiviti lagi: melintah... he..he... ambik lintah dan paksa lintah hirup darah kita dan makan-makan di Muara, Kelang. Harap-harap.. banyak lagi aktiviti bersama dapat dilaksanakan..

Monday, 16 February 2009

Sunway Lagoon dan Putra Jaya

Cuti Thaipusam kami dikunjungi tetamu. Ke mana nak pergi ye.. Tanya sama tetamu, tetamu cakap nak pergi Sunway Lagoon. Sudah lama kami tidak ber-rekreasi.. kali terakhir ke Drayton Manor (yg entri nya masih terbengkalai... tapi kena buat juga khas buat Gem 7 yang masih menyebut-nyebut tentangnya). Kami pun tumpang sekaki...


Apabila anak-anak berkeliaran... tinggallah si bapa-bapa bersama gendongan bag kiri dan kanan

Dah dua kali masuk periuk..

Berehat sebentar sebelum beredar ke kedai makan

Gem 3 menunggu dihayun.. katanya.. It's not scary

Beruang hitam jadi mangsa tunggangan

Seronoknya disimbah air..

Esoknya, atas permintaan, mereka hendak ke Putrajaya. Kami bertolak agak lewat... dan mengambil keputusan untuk menaiki bot terakhir.


Menunggu untuk menaiki bot di Putrajaya

Ini kenang-kenangan ... sandal Mak Lang terkopak, terpaksa diikat tali sebab kedai dah tutup.. ralat pulak rasanya bila sandal itu tidak saya gantikan sehingga beliau pulang ke Penang. Maap ye.. terlupa!

Anak-anak sempat berlari ke sana sini, macam filem Hindustan la pulak
Bila bot sampai, kami terus meluru ke atas...

Cantiknya pemandangan Putrajaya tika senja

Bangunan di sekitar tasik


Matahari terbenam..



Putrajaya kian suram...

Kami ingin kembali lagi.. tunggu bila ada tetamu yang berkunjung. Gem 1 memasang satu angan-angan ... Mungkin satu hari nanti dimakbulkan Tuhan, Amin.


Thursday, 12 February 2009

Apa Kabar Kak?

Apa khabar kak? Mungkin kak akan membaca entri kali ini. 'Kak' adalah panggilan untuk 'kakak pertama' saya dan beliau merupakan anak kedua di dalam keluarga kami. Kak insan istimewa di dalam hidup kami. Beliau telah banyak berkorban demi masa depan adik-adik yang lain sewaktu keadaan hidup dikekang dengan pelbagai faktor. Lebih kurang dua minggu lepas beliau diserang demam Chikungunya, virus bawaan nyamuk yang melanda Malaysia akhir-akhir ini. Sebelum dihinggapi demam tersebut, kak diserang dengan penyakit kayap. Dari jauh, kami mendoakan kesihatan kak bertambah baik.
"Ya Allah, sembuhkanlah kesihatan kak. Kasihanilah kak sebagaimana dia telah mengasihani kami ketika kami kecil" - Amin.

Kerenah Gem 7

Sudah dua minggu lebih Gem 7 merengek meminta dibelikan 'trolley bag'. Tidak sudah-sudah kami dihujani dengan "Can you buy me trolley bag please..like my friend's?"... "I want a trolley bag!"... kalau dia tahu kami perlu ke kedai untuk beli barang.. ini pula ayatnya "Do you want to buy my trolley bag now?". Huh.. penat sungguh mendengarnya. Topik perbualannya asyik melencong ke arah trolley bag. Kami pun berusahalah untuk mendapatkan untuknya. Malangnya, jika bukan di waktu musim buka sekolah, barang-barang sekolah agak sukar dicari, seolah-olah urusan penjualan barang-barang sekolah 'hilang sekejap... berjumpa lagi di tahun depan!'. Cari punya cari .. alahai..yang jumpa cuma beg Barbie! Itupun harganya RM100+! Hah... tiba-tiba perasaan kesal pun menyerbu-nyerbu... selalu jumpa di carboot 2 Pounds pun tak mau beli!!!!! Akhirnya, yang dicari tak jumpa-jumpa.. Gem 1 belilah jugak beg Spiderman... besar.... Balik-balik tengok, salah satu tangkai dah tercabut. Kecewa sungguh Gem 7. Hari ini, barulah dapat dia membawa 'trolley bag' ke sekolah. Beliau bangun awal sungguh hari ini. Sebaik mata dibuka.. "Can I bring my trolley bag today? Is my bag not broken any more? ... bla.. bla.. Hasilnya, Gem 7 sudah siap dengan baju sekolahnya sejam lebih awal dari biasa. Sarapanpun 'skip'. Saya pulak terpaksa berkejar-kejar siap ke tempat kerja apabila tidak larat lagi mendengar 'quick mummy.. quick mummy..I want to go to school now'. Rasa nak marah pun ada.. tapi bila nak marah.. dia kata "I'm only a little boy mummy!..".


Tu dia... besar sungguh beg... apa kan daya.. dah usaha cari beg kecil.. tak dapat-dapat jugak!


Senyum bangga dengan beg yang dihajati..
p/s: Hari ini ingatan Gem 7 pada rumah 'white house' masih utuh. Semasa melihat liputan tentang belon panas di TV3 tadi, Gem 7 kata... "Look mummy, it's the same..it's the same! I saw the big balloon at my white house!!"

Wednesday, 11 February 2009

Takziah buat Farah dan Zul

Dua hari lepas kami menerima berita Farah kehilangan ayah. Tersentak sebentar kerana kami baru sahaja berangan-angan untuk bertandang ke rumah aruah ayahnya. Perkenalan dengan ibu bapa Farah ketika mereka bertandang ke Nottingham dulu, masih terbayang-bayang. Terngiang-ngiang lagi ajakan mesra beliau untuk kami pula bertandang ke Perak. Rasa akrab meresap mungkin juga kerana kami sebagai host Zul dan Farah ketika mereka mula menjejak kaki ke UK dulu.

Untuk Farah sekeluarga, hanya ucapan takziah yang mampu diberi. Moga tabah menghadapi ujian Tuhan dan membakar semangat untuk mengejar impian.

Untuk yang pergi, Al Fatihah, kami sekeluarga doakan semoga bersemadi di bawah payung rahmat Ilahi.
p/s: Kalau terbaca entri ni sebelum berangkat ke UK semula, teringin nak berjumpa (di Airport pun jadilah). Please contact this number 019-6745742.