Thursday, 12 February 2009

Apa Kabar Kak?

Apa khabar kak? Mungkin kak akan membaca entri kali ini. 'Kak' adalah panggilan untuk 'kakak pertama' saya dan beliau merupakan anak kedua di dalam keluarga kami. Kak insan istimewa di dalam hidup kami. Beliau telah banyak berkorban demi masa depan adik-adik yang lain sewaktu keadaan hidup dikekang dengan pelbagai faktor. Lebih kurang dua minggu lepas beliau diserang demam Chikungunya, virus bawaan nyamuk yang melanda Malaysia akhir-akhir ini. Sebelum dihinggapi demam tersebut, kak diserang dengan penyakit kayap. Dari jauh, kami mendoakan kesihatan kak bertambah baik.
"Ya Allah, sembuhkanlah kesihatan kak. Kasihanilah kak sebagaimana dia telah mengasihani kami ketika kami kecil" - Amin.

Kerenah Gem 7

Sudah dua minggu lebih Gem 7 merengek meminta dibelikan 'trolley bag'. Tidak sudah-sudah kami dihujani dengan "Can you buy me trolley bag please..like my friend's?"... "I want a trolley bag!"... kalau dia tahu kami perlu ke kedai untuk beli barang.. ini pula ayatnya "Do you want to buy my trolley bag now?". Huh.. penat sungguh mendengarnya. Topik perbualannya asyik melencong ke arah trolley bag. Kami pun berusahalah untuk mendapatkan untuknya. Malangnya, jika bukan di waktu musim buka sekolah, barang-barang sekolah agak sukar dicari, seolah-olah urusan penjualan barang-barang sekolah 'hilang sekejap... berjumpa lagi di tahun depan!'. Cari punya cari .. alahai..yang jumpa cuma beg Barbie! Itupun harganya RM100+! Hah... tiba-tiba perasaan kesal pun menyerbu-nyerbu... selalu jumpa di carboot 2 Pounds pun tak mau beli!!!!! Akhirnya, yang dicari tak jumpa-jumpa.. Gem 1 belilah jugak beg Spiderman... besar.... Balik-balik tengok, salah satu tangkai dah tercabut. Kecewa sungguh Gem 7. Hari ini, barulah dapat dia membawa 'trolley bag' ke sekolah. Beliau bangun awal sungguh hari ini. Sebaik mata dibuka.. "Can I bring my trolley bag today? Is my bag not broken any more? ... bla.. bla.. Hasilnya, Gem 7 sudah siap dengan baju sekolahnya sejam lebih awal dari biasa. Sarapanpun 'skip'. Saya pulak terpaksa berkejar-kejar siap ke tempat kerja apabila tidak larat lagi mendengar 'quick mummy.. quick mummy..I want to go to school now'. Rasa nak marah pun ada.. tapi bila nak marah.. dia kata "I'm only a little boy mummy!..".


Tu dia... besar sungguh beg... apa kan daya.. dah usaha cari beg kecil.. tak dapat-dapat jugak!


Senyum bangga dengan beg yang dihajati..
p/s: Hari ini ingatan Gem 7 pada rumah 'white house' masih utuh. Semasa melihat liputan tentang belon panas di TV3 tadi, Gem 7 kata... "Look mummy, it's the same..it's the same! I saw the big balloon at my white house!!"

Wednesday, 11 February 2009

Takziah buat Farah dan Zul

Dua hari lepas kami menerima berita Farah kehilangan ayah. Tersentak sebentar kerana kami baru sahaja berangan-angan untuk bertandang ke rumah aruah ayahnya. Perkenalan dengan ibu bapa Farah ketika mereka bertandang ke Nottingham dulu, masih terbayang-bayang. Terngiang-ngiang lagi ajakan mesra beliau untuk kami pula bertandang ke Perak. Rasa akrab meresap mungkin juga kerana kami sebagai host Zul dan Farah ketika mereka mula menjejak kaki ke UK dulu.

Untuk Farah sekeluarga, hanya ucapan takziah yang mampu diberi. Moga tabah menghadapi ujian Tuhan dan membakar semangat untuk mengejar impian.

Untuk yang pergi, Al Fatihah, kami sekeluarga doakan semoga bersemadi di bawah payung rahmat Ilahi.
p/s: Kalau terbaca entri ni sebelum berangkat ke UK semula, teringin nak berjumpa (di Airport pun jadilah). Please contact this number 019-6745742.

Thursday, 5 February 2009

Bilik Pelbagai Fungsi

"Bilik dapur merangkum bilik pelbagai fungsi" - itulah yang ingin saya miliki. Dulu, saya 'buta huruf' tentang bab rumah dan hiasan. Perjalanan menghabiskan PhD, mendekatkan saya dengan pelbagai ilmu sampingan seperti bab barang perhiasan, reka bentuk dalaman, pinggan mangkuk, perabot, masakan dan lagi..dan lagi..dan lagi.. Mengenang kembali susur galur hidup sepanjang 'berjuang selama lebih 4 tahun', rupanya tidak sia-sia. Banyak ilmu yang dikaut secara tidak langsung - kebanyakannya di perolehi melalui buku-buku yang bersepah dijual di carboot. Dalam banyak-banyak buku, satu hari saya terselak satu muka surat yang memaparkan idea untuk menjadikan bilik dapur sebagai bilik pelbagai fungsi. Alasan penulisnya, dapur adalah ruang yang paling banyak kita menggunakannya. Untuk wanita (seperti saya yang tidak pernah mempunyai pembantu rumah), banyak masa perlu dihabiskan di sana - basuh pinggan, basuh baju, memasak ... dan pada waktu yang sama anak-anak keluar masuk sambil mengheret homework. Si kecil pula sibuk menunjukkan itu dan ini. Jadi sekiranya, dapur hanyalah dapur.. pasti kehadiran mereka amat merimaskan (tambahan lagi di sini panas oii...!). Lalu, saya menanam impian, saya ingin memiliki dapur pelbagai fungsi - satu ruang yang sesuai untuk semua. Apabila saya menyatakan hasrat saya ini, ada di antaranya yang berkata "rumah tu banglo ke? Kalau setakat rumah teres dan tengah - tak payah le berangan... angankan saja untuk memiliki banglo!!!" Walaupun ada benarnya kata-kata itu dan saya agak kecewa, tapi otak dan hati masih mengharap agar impian tersebut menjadi kenyataan di rumah sekangkang kera yang kami miliki ini.


Alhamdullillah. Berkali-kali dalam hidup ini Allah telah memakbulkan angan-angan saya. Kini, dalam rumah sekangkang kera ini, kami memiliki dapur pelbagai fungsi. Dapur ini menjadi tumpuan utama apabila masing-masing pulang ke rumah. Di situ, kami makan, berbual, menonton tv, bermain dan ada yang meluangkan masa untuk membuat 'homework' - yang paling istimewa, sambil basuh pinggan pun boleh tonton tv! Hah... macam mana? Kah..kah.. kah... dengan menggunakan 'teknologi' refleksi - Refleksi tv ke tingkap menjadikan tv tertera di tingkap dapur. Jadi, sambil basuh pingganpun, boleh tonton tv! Demikianlah, tanda-tanda kekuasaan Allah. Dia berkuasa memakbulkan doa-doa dengan cara yang tidak pernah diduga...


Semasa dapur yang sekangkang kera ini diubahsuai (pun.. saiznya masih sekangkang kera!), saya memberitahu kontraktor, "Handy, saya nak dapur saya ada 'island'!". Apa kata Handy.."Dapur ni sempitlah.. tak sesuai ada 'island'!". Tapi saya buat juga 'island' sendiri dengan hanya menggunakan meja yang bernilai RM100+. 'Island' saya dapat juga menempatkan seekor ikan laga dan cawan-cawan. Di bawahnya.. ada berlonggok harta karun!

Di sudut kabinet yang berbentuk 'L', boleh letak benda-benda yang digunakan ketika memasak...

Kami menginginkan kaunter.. ye lah.. kerusi dah beli kat carboot.. nak letak kat mana??! Dapat jua akhirnya.. ada empat kerusi 'high' - tempat untuk bersantai sambil makan ais krim!


Kat carboot hari tu sempat 'tangkap' satu rocking chair... ha.. di dapur multi fungsi ini, ada juga sudut untuknya... ni saya dah booking!!!


Ni ada sebuah kerusi malas.. kerusi ni Gem 1 dah booking! Ada tv kat depan.. ada meja kat kiri... sesuai sungguh untuk bersantai sambil menanti makan malam!

Ini pemandangan sebahagian dapur kecil kami... di tingkap berdepan dengan sinki.. ada 'teknologi refleksi' - boleh tengok tv sambil basuh pinggan!

Ini pula meja makan 'pine' dengan empat kerusi.. kedudukannya berkembar dengan 'island' dan kaunter..... meja ni kekadang jadi tempat makan.. kekadang jadi meja buat homework
Ini pula sudut untuk tv. Tv dah ada.. perabot nak letak tv - tak ada lagi.....






Tuesday, 3 February 2009

Kotak dan Kenangan

Kotak.. kotak.. kotak... Lama rasanya istilah ini berlegar-legar dalam hidup, sejak kami memulakan hijrah ke Nottingham. Sehingga kini, melewati jangkamasa 5 tahun, kami masih lagi dibelenggu dengan kotak-kotak yang bersimpang siur di dalam rumah. Namun, kotak-kotak kami bukan 'kotak rahsia'! Kalau 'kotak rahsia' boleh juga dibuat isu politik... he..he..

Kami menganggarkan bilangan kotak-kotak yang dibawa pulang melebihi angka 300, dengan pelbagai saiz dan rupa. Ada kotak kasut, kotak pampers, kotak keropok, kotak komputer... Melihatkan bilangan kotak yang sebegitu banyak, ramai tetamu (saudara dan sahabat) tertanya-tanya, apa yang di dalam tu ya. Kalaulah seperti pulang dari mengerjakan haji, pasti setiap tetamu akan dihulur dengan sedikit cenderamata.. kurma, kismis, kacang cerdik, tasbih, kopiah, jubah...... Tapi, kami tidak menghulurkan apa-apa (he..he.. barangkali, ada yang berkata "kedekut sungguh mereka ini - tiada sebarang cenderamata!"), kecuali coklat-coklat yang telah lama dibawa pulang ketika raya puasa. Apa ada di dalam kotak-kotak tu ya? Saya pun hairan juga! Saya mengimbas kembali bagaimana boleh wujudnya bilangan kotak yang sebegitu rupa....

UK terkenal dengan pasar mingguan yang dipanggil 'car boot' - pasar yang diadakan di padang-padang untuk memberi peluang sesiapa sahaja untuk menjual barang-barang terpakai kepunyaan mereka. Tujuan jualan barang-barang tersebut selalunya berpaksikan kepada slogan "lama untuk penjual, tapi baru untuk pembeli". Tambahan pula, orang-orang Inggeris selalunya menjaga barang-barang mereka dengan begitu baik. selalunya, barang terpakai mereka masih berkeadaan baik dan masih berkotak dengan sempurna. Anak-anak mereka juga diasuh menghargai barang mainan dan buku-buku. Jadi, walaupun barang terpakai, kita masih boleh memiliki barang-barang tersebut dengan harga yang murah dan berkeadaan sempurna. Memandangkan semasa kecil saya tidak dapat memiliki banyak barang mainan dan buku-buku cerita, saya seakan-akan hilang pertimbangan.. setiap kali ke carboot, pasti ada buku dan mainan yang dibeli. Termasuk juga pakaian dan peralatan dapur dan harian yang diperlukan. Maka, saban minggu, bertambahlah koleksi 'harta karun' kami! Apabila berkemas untuk berpindah ke rumah baru (dari Central Avenue - New Basford ke Burford Road - Forest Field) atau pulang ke Malaysia banyak barang yang perlu dikotakkan. Baju-baju, buku-buku, pinggan mangkuk dan periuk belanga lama, ingin saja dibuang. Tapi... bila ditanya (antaranya):
"Gem 3, can we throw this t'shirt?"
Apa jawapannya - "No.. no.. I wore this t'shirt at time time.. bla.. bla..." = 1 kotak
"Gem 4, can we throw this shoes?"
Apa jawapannya - "No.. no.. I wore this dress at time time.. bla.. bla..." = 1 kotak
"Gem 5, can we throw this dinosour?"
Apa jawapannya - "No.. no.. I played with the dinosour when I was.. bla.. bla..." = 1 kotak
"Gem 6, can we throw this bear?"
Apa jawapannya - "No.. no.. you gave me for my birthday when I was.. bla.. bla..." = 1
kotak
"Gem 7, can we throw this Lunar Jim?"
Saya sendiri menjawabnya... "No..no.. we bought this for you when you were sick.bla.bla..
= 1 kotak
Saya bertanya kepada saya sendiri... "Bolehkah buang raga-raga rotan yang ini?"
Lalu saya menjawab, "No..no... dulu kat Malaysia saya tidak mampu untuk memilikinya
sebanyak ini kerana setiap satunya - mahal!" = berkotak-kotak!!!!!!

Demikianlah hikayat kotak-kotak yang tersadai di rumah kami. Kebanyakan kotak-kotak tersebut tiada berlabel. Apabila membukanya, bagaikan menerima satu hadiah misteri! Satu kotak = satu misteri = satu nostalgia. Sambil membelek isi kotak-kotak tersebut, kami bagaikan hanyut di dalam satu kapsul masa. Terbayang segala peristiwa yang bersangkutan dengannya. Contohnya, saya membuka satu kotak yang mengandungi sehelai baju. Baru saya teringat saya membelinya di carboot Mansfield, untuk dipakai ketika viva (masa tu .. tengah ceria kerana supervisor kata "you are progressing very well, you can finish in less than 3 years!".. ha..ha.. hakikatnya tidak begitu... saya merempuh jalan yang sukar untuk berjaya!!!!!). Dan begitulah seterusnya untuk setiap kotak. Masing-masing ada kenangan yang tersirat.

Hari ini, pagi-pagi lagi saya terserempak dengan dua kotak di ruangan dapur. Saya dapati di dalamnya ada sebotol Cadbury Chocolate Spread. Saya begitu gembira kerana saya yakin anak-anak yang akan turun bersarapan sebentar lagi akan menjerit ketawa kerana telah lama tidak berjumpa dengan 'makanan asasi' mereka. Namun, jangkaan saya amat meleset. Apabila saya tunjukkan pada Gem 3, dia kata "Mummy, please don't open it... this is the last bottle of cadbury Spread we have.. save it, I want to look at it for longer!". Apabila saya tunjukkan pada Gem 4, dia hanya membelek tanpa membukanya juga... katanya "When you finish with it, please give the bottle to me, I want to keep it on my table..". Saya hanya terkedu. Mereka bersarapan sambil membisu. Mata mereka merenung botol Cadbury tersebut tanpa disentuh. Benarlah... setiap kotak bagaikan satu kapsul masa. Masing-masing ada peristiwa yang ingin dikenang selamanya. Kotak-kotak yang melimpahi rumah kami adalah kotak-kotak kenangan........

Cadbury Chocolate Spread dan Honey yang tidak disentuh.....

Sisa-sisa 'kenangan' yang belum dibongkarkan

Monday, 2 February 2009

Meraikan Kepulangan Mak Lang

Cuti raya Cina kali ini kami balik kampong. Satu percutian yang tidak dirancang. Sepatutnya, giliran orang Kedah melawat Shah Alam, tetapi dibatalkan di saat-saat akhir. Pada mulanya, kami bercadang untuk bersantai di rumah sambil berkemas-kemas. Anak-anak pula 'ditimbun' dengan pelbagai 'homework'. Tapi, selepas sehari bermalas-malas, Gem 1 kata "Bila lagi nak balik kampong... selepas ni cuti panjang hanya di bulan Jun". Lalu, kami pun sibuk mencapai apa yang patut untuk dibawa. Pukul 5.00 petang (hari Ahad, 25/01/2009)) baru kami bertolak. Kebetulan pula hari tersebut ialah hari lahir Gem 5 yang ke sepuluh. Rupa-rupanya Gem 5 berkongsi hari lahirnya dengan anak-anak saudara sepupu, Affandi (anak Adi) dan Nabila (anak Amin). Sebaik kami menyampaikan berita yang kami akan balik kampong, Mak Lang dan Mak Cik telah menyediakan tiga biji kek hari jadi. Kata mereka "Bawa kereta perlahan-lahan, kami akan tunggu untuk sambutan hari lahir". Emm... seronoknya...

Sesampai di kampong, rasa seolah-olah suasana hari raya. Cucu-cucu saudara yang riuh-rendah ditambah pula dengan ke lima-lima anak yang kami bawa... gamat jadinya. Bukan senang untuk mengumpulkan adik-beradik di dalam suasana sebegini. Tambahan pula, sudah lama kami tidak berjumpa dengan Mak Lang. 'Mak Lang' ialah panggilan anak-anak kepada kakak saya, Latifah (atau kami panggil Cik Pah). Sewaktu kami ingin berangkat ke UK dulu, Cik Pah berkata dalam sebak "Pergilah belajar... jangan risau mak, cik Pah akan jaga". Tapi, selang tidak beberapa lama, Cik Pah pula berangkat ke Saudi dan bekerja di sana. Cuti kali ini, kami ingin meluangkan masa meraikan kepulangan Cik Pah untuk bercuti selama sebulan. Sambil meraikan beliau, sudah pasti saya terkenang zaman silam. Hidup bagai roda, Allah boleh merubah segalanya. Dulu, Cik Pah agak 'rugged'. Namun kini, beliau berpeluang menjadi tetamu rumah Allah berkali-kali. Jauh di sudut hati, saya pasti tentu Cik Pah 'istemewa' di sisi Tuhan. Untuk menghadirkan diri di depan Kaabah, bukan sebab kita punya wang sahaja. Wang dan masa cuma penyebab. Yang utama, kita perlu mendapat 'jemputan istimewa' daripada Allah. Jika jemputan telah diterima, apa sahaja halangan, pasti dapat dilepasi. Kami masih ternanti-nanti bila pula giliran kami dijemput ke rumah Allah. Mudah-mudahan, kita semua juga berpeluang menjadi insan-insan istimewa di sisi Allah.


Sebaik tiba di kampong, Gem 5, Affandi dan Nabila terus diraikan dengan kek hari lahir masing-masing, tapi Gem 7 'terasa' seolah-olah hari jadinya!

Cepat lah... nak potong kek dah ni!


Selepas dua hari di rumah Tok, Cik Pah mengajak kami ke Penang pulak. Kami, Tok, Mak Cik dan Fikri terus menerima pelawaan... esoknya, saya, Gem 1 dan Cik Zah ke Padang Kota Baru untuk berjogging di tepi pantai


Cantik pemandangan di belakang... sampan-sampan nelayan sedang berlabuh.


Petangnya pula, kami semua ke tepi pantai berhampiran rumah Cik Pah


Gem 4 dan Gem 5 sibuk jugak berposing!

Adi dan Fikri pula sedang menjala... syyy... hasil tangkapan cuma lima ekor anak udang!


Sibuk mencari lala..


Malamnya, kami makan malam di restoren Ilyana

Ramainya anak-anak

Ini 'Tiga Dara Pingitan' dengan mak kesayangan

Keesokan paginya.. kami pekena roti canai pula...

Pulang dari Penang, Gem 7 dapat basikal... gembira sungguh dia nampaknya dapat berbasikal di sekeliling rumah Tok

Monday, 19 January 2009

Menyambut Kepulangan dan Nostalgia

Hari Khamis yang lepas kami sekeluarga menyambut kepulangan keluarga Mus dan Laily di KLIA. Sejak menerima sms Laily yang menyatakan mereka sekeluarga akan bermalam di rumah kami sementara menunggu penerbangan ke Senai, hidup kami tiba-tiba menjadi begitu 'aktif'. Mana tidaknya, rumah kami masih bersepah walaupun hampir empat bulan telah kembali ke tanahair. Dapur baru sahaja siap dua hari sebelum kedatangan mereka sekeluarga. Seperti biasa, semua ahli keluarga dikerah untuk bergotong-royong. Sekurang-kurangnya, dapatlah sekeluarga mereka 'menjejak kaki di lantai' nanti. Seawal pagi hingga ke lewat malam, Gem 1 tidak habis-habis menyebut... kemas! kemas! kemas! Akhirnya, sasaran untuk menyediakan bilik untuk keluarga Mus dan Laily tercapai juga, ketika jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Sebaik saya ingin memadamkan lampu, sms Laily pun diterima, "Akak, kami dah bertolak ke London". Selepas itu, entah bila saya tertidur, tidak pula sempat melihat jam.. tapi rasanya agak lama.. kerana tiba-tiba saya bernostalgia sendiri detik-detik kami mengalami peristiwa 'keberangkatan pulang' sebagaimana yang mereka lalui sekarang.
Kami berangkat pulang pada hari Jumaat, 19/09/2008, iaitu pada bulan Ramadhan, sekitar sepuluh hari lagi umat Islam akan berhari raya. Sebaik mengambil keputusan untuk pulang, kami sekeluarga diusik pelbagai perasaan. Yang pasti anak-anak kesedihan. Gem 3 bertanya "Can you get visa for me to stay here longer?". Gem 6 mempersoal "Why can't you born me like Gem 7, and I can stay here forever?". Saya tiada kata-kata, kecuali mengatakan yang pahit... :We have to go back because we are Malaysian. We have relatives there". Anak-anak kami tidak ke sekolah sejak sekolah dibuka semula pada awal bulan Disember. Takut-takut kalau mereka akan menjadi bertambah sedih. Tetapi saya membawa Gem 4 bertemu kawan-kawannya di Djanogly. Gem 3 pula meminta ingin ke sekolah pada hari sepatutnya kami bertolak. Beliau bangun pagi-pagi lagi dan bersiap ke sekolah buat kali terakhir.
Pagi hari Jumaat, kami sungguh sibuk. Mencuci di sana-sini (itupun masih banyak sampah yang tinggal) dan asyik mengeluarkan dan memasukkan baju dan barang ke dalam beg-beg. Sahabat-sahabat telah mula datang seorang atau berkeluarga. Saya mundar mandir menyapa tetamu dan berlari ke sana ke sini. Mata melirik sekeliling. Kekadang mencari kalau-kalau ada barang yang tinggal, dan selebihnya hanya ingin menatap segalanya buat kali terakhir. Anak-anak ke hulu kehilir dengan kamera di tangan. Kata mereka, kami ingin mengabadikan semua lokasi di dalam rumah untuk kenangan, termasuk 'toilet'! Sebak juga saya mendengarnya. Tapi saya lebih risau Gem 7. Beliau tidak suka berada di luar rumah kami pada waktu yang lama. Ketika bercutipun, beliau sering mengajak pulang. Baginya, rumah 'White House' (sebab cat putih!), syurga dan dunianya. Lalu, kami sering mengingatkan beliau "We will go far far away.. no more white house..OK".
Masa berlalu pantas. Sedar tak sedar, kenderaan yang disewa telah terpacak di depan rumah. Hati menjadi semakin sayu. Saya melihat mata anak-anak sudah mula merah. Apabila barang telah dimasukkan ke kereta, tibalah masanya kami semua keluar untuk memasuki kereta. Ketika itu, acara salam dan berpelukan pun bermula. Tiada kata yang terkeluar kecuali air mata. Ketika di dalam van, kami semua memandang ke belakang. Mulut masing-masing tidak henti menyebut 'bye' dan tangan pun melambai-lambai. Barangkali kerana van bercermin hitam, sahabat yang hadir tidak nampak lambaian kami. Tapi kami melambai tanpa henti. Kami terus memandang ke belakang, sehinggalah van bergerak ke simpang Gregory Road. Saya tidak berkata apa-apa lagi, hanya penuh linangan air mata. Anak-anak masih bersuara... "bye-bye Djanogly, bye-bye Claremont, bye-bye Asda, bye-bye Marry Potter....". Sehinggakan van sudah bergerak di motorway M1, anak-anak yang keletihan masih tidak tertidur seperti selalunya. Mereka meluaskan mata memandang segalanya.. rumput-rumput di tepi jalan, biri-biri, kuda .... Saya dan Gem 1 masing-masing berpesan pada anak-anak "Study hard, you'll come again".
Demikianlah, masa berlalu pantas. Empat bulan dulu, kami diringi pulang dan disambut. Hari ini, kami diberi peluang untuk menyambut pula sebuah kepulangan. Semenjak diberitahu, Liayana dan Ahmad akan datang, anak-anak terutama Gem 4, Gem 6 dan Gem 7, sungguh gembira. Ukhwah yang terjalin melewati batas saudara. Tambahan pula, kami berasa benar-benar dihargai apababila Mus dan Laily sudi bermalam di rumah kami, sedangkan mereka juga disambut oleh adik-adik Laily.
Kami bertolak awal ke KLIA. Kami ingin memastikan kami berada di pintu keluar sebaik saja mereka muncul. Oleh kerana terlalu 'excited', kami tiba agak awal. Sempat pula bergambar sambil memerhati kapal terbang naik dan turun. Kekadang terasa seperti kami pula yang akan berangkat!

Menuju ke Anjung View .. konon-kononnya nak menyaksikan kapalterbang dari London mendarat

Di Anjung View... sambil makan jagung.. tapi anak-anak masih kelaparan (sebab baru balik dari sekolah).. beredar ke kedai makan..

Sedar-sedar.. kapal terbang dah mendarat.. bergegas ke balai ketibaan.. hah... terpacak betul-betul di depan pintu keluar..

Pelukan erat sahabat

Meriah...

Berposing dengan baju yang liyana bagi....

Berborak-borak... Iris kepanasan...
Dari KLIA, kami bertolak terus ke rumah. Di rumah, sibuk pula siapkan makan malam. Kami juga dikunjungi oleh keluarga Yuhanis dan Raza. Riuh-rendah jadinya. Anak-anak lupa makan. Seperti biasa, mereka meluru ke atas dengan agenda sendiri. Kaum ibu dan bapa berborak-borak. Pelbagai pertanyaan terpaksa dijawab dek Laily.. "Apa khabar si polan", "Apa khabar si polan"... banyak betul soalan. Kekadang, Mus tersilap menjawab.. "kami di sini.."... ye lah Mus... Di sini bukan Nottingham... di sini bumi Malaysia! Masing-masing terlerai ketawa. Bersyukur Allah menemukan kita... insan-insan biasa yang saling menerima seadanya. Asal hanya sahabat, tapi kasih melewati saudara.
Keesokannya, mereka bertolak ke KL untuk ke rumah adik Laily. Pulang ke Shah Alam hampir pukul 8.00 malam. Flight pukul 9.05 minit! Aduss.... bagai hali lintar... makan..kemudian pecut ke KLIA. Tiba di KLIA, malangnya..gate closed!!!! Penerbangan seterusnya, pukul 10 pagi esok. Apabila dikhabarkan kepada keluarga Mus yang sedang menanti di lapangan terbang Senai, ayah Mus berkata "Tunggu di situ, Ayah akan ambil". Fuhh.... sanggup seorang ayah meredah malam dan jarak untuk ke KLIA. Akhirnya, Mus sekeluarga terpaksa pulang ke Johor dengan limo!!!! Kesian Mus dan Laily.... kesian jugak kami... keh..keh..keh... kena saman parking! Apapun, terhibur rasanya bersama Mus sekeluarga. kami merindukan Nottingham dan kehidupan di sana. Cukuplah sekadar menghidu aromanya yang mereka sekeluarga bawa. Terima kasih.